Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

APMM, Petronas Kerjasama Tingkat...

PULAU MANTANANI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan PETRONAS menganjurkan program kesedaran...

Hanya 40% Penilaian Akademik...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama...

Baik, Buruk Ayam Import

TINDAKAN kerajaan mengimport ayam sejuk beku merupakan langkah bijak bagi menstabilkan harga keperluan...

Tangan Tersangkut Dalam Lubang...

SEORANG lelaki warga asing berusia 40-an di Klang, Selangor mengalami detik cemas apabila...

Guru Mati Ditumbuk Pelajar Marah Pipi Diconteng

JAKARTA – Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia beberapa jam selepas ditumbuk pelajarnya ketika pembelajaran seni di sekolah, kelmarin.

Menurut laporan media Indonesia, kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku selepas guru berkenaan, Budi Cahyono, menconteng pipi pelajar lelaki itu yang tidur dalam kelas dengan pewarna lukisan bagi mengejutkannya.

Pelajar itu yang dikatakan marah sebaik terjaga, menumbuk pipi guru terbabit, namun pertelingkahan mereka dileraikan pelajar dan guru lain.

Menurut Detik News, pengetua Sekolah SMA Negeri I Torjun Sampang, Amat kemudian mengarahkan pelajar terbabit pulang.

Beliau berkata, ketika guru berkenaan memberitahunya mengenai kejadian itu, Budi kelihatan sihat tanpa sebarang kecederaan.

Namun, keluarga guru berkenaan kemudian menghubungi pengetua menyatakan Budi dimasukkan ke Hospital Dr Seotomo di Surabaya, kerana tidak boleh tidur selepas mengadu sakit leher sebelum tidak sedarkan diri.


Difahamkan, pemeriksaan doktor mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan dalaman pada lehernya menyebabkan otaknya tidak boleh berfungsi yang membawa kepada kematiannya kira-kira 7.40 malam.

Menurut laporan Antara, Ketua Polis Torjun, Budi Wardiman, berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu. – Agensi/myMetro Online

Kategori