Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6 Keluarga Mangsa Kebakaran...

KUALA TERENGGANU - Enam keluarga mangsa kebakaran termasuk dua pemilik bangunan rumah kedai...

Hilang Dicuri, Internet Bantu...

Dominic Hyams dilahirkan dengan penyakit tulang dan keadaan ini menyebabkan dia terpaksa menggunakan...

Mini Karnival Ibu Tunggal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal menganjurkan Mini Karnival Ibu Tunggal...

TMJ Tidak Bersetuju Penubuhan...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan...

Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14

KOTA KINABALU – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor yakin Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai kerajaan yang mentadbir negeri itu dan juga pusat selepas pilihan raya umum ke-14.

Bendahari UMNO itu berkata keyakinannya bersandarkan prestasi cemerlang BN dalam membawa kemajuan dan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, khususnya di Sabah selain majoriti rakyat dilihat kekal menyokong BN.

“Mereka yang cakap (tidak menyokong) itu hanya beberapa sahaja… sebagai negara demokrasi, mereka boleh aktif berpolitik dan memberi sokongan kepada mana-mana parti yang mereka suka.

“Walau bagaimanapun, dengan keadaan di lapangan (sokongan peringkat akar umbi dan pembangunan kerajaan), kita masih yakin BN tetap mendapat sokongan untuk menerajui kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hajiji yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman, berkata rakyat seharusnya menggunakan hak mereka sebagai pengundi secara lebih bijaksana dengan memilih kerajaan yang terbukti banyak membawa perubahan selain sentiasa berusaha memastikan kestabilan ekonomi dan politik terus terpelihara.


Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatkan pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah kementeriannya agar tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan mana-mana pihak menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan menerusi media sosial.

Pegawai dan kakitangan kerajaan seharusnya menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai penjawat awam dengan menjelaskan segala usaha pembangunan dibawa kerajaan untuk rakyat, katanya. – BERNAMA

Kategori