Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Nama Disalah Guna, Paknil...

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau Paknil membuat laporan polis...

Mark Adam, Remy Ishak,...

SESUAI dengan matlamat menjadikan dakwah itu sebagai tali persaudaraan, sambutan Aidilfitri tema #SyawalSatuKemenangan...

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun...

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI)...

AirAsia Lantik Park Ji-Sung...

AIRASIA Bhd melantik ikon bola sepak Korea Selatan yang juga bekas bintang Kelab...

Hanya Kru Kabin Lelaki AirAsia Ke Aceh

AKUR… Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hanya akan menempatkan kru kabin lelaki untuk penerbangan ke dan dari Aceh.

Keputusan dibuat selepas pihak berkuasa wilayah Indonesia itu mengeluarkan arahan bahawa semua kru kabin wanita Muslim harus memakai hijab ketika tiba di wilayah tersebut.

“AirAsia akur kepada peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa wilayah Aceh. Kami komited untuk memastikan kru operasi kami mematuhinya.

“Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan dikendalikan oleh anak-anak kapal lelaki,” kata AirAsia dalam satu kenyataan ringkas.

Pada Rabu, pihak berkuasa Aceh mengemukakan surat untuk mengarahkan kru kabin wanita Muslim memakai tudung semasa ketibaan atau berdepan hukuman oleh pihak berkuasa.

Baca: Aceh Wajib Semua Pramugari Penerbangan Berhijab

Ini termasuk kepada pihak syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia sendiri, Garuda Indonesia dan pelbagai syarikat tambang murah lain seperti AirAsia dan Firefly,

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat penerbangan itu mungkin hanya akan menempatkan kru lelaki atau bukan Islam dalam penerbangannya ke Acheh.


Ong juga berkata syarikat penerbangan bajet itu sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan pakaian seragam yang sesuai untuk kru kabin wanita Muslim.

“Kami masih menilai keadaan. Tiada keputusan kukuh telah dibuat,” katanya ketika dihubungi.

AirAsia dan Firefly adalah syarikat penerbangan utama yang mengendalikan penerbangan ke Banda Aceh.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang telah menerapkan hukum syariah. – The Star/mStar Online

Kategori