Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Mereput Dijumpai...

GEORGETOWN - Mayat seorang wanita yang telah mereput dan disumbat ke dalam kotak...

Anak Sulung Nora Bertunang...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin, dan komposer, Johan Nawawi yang akan...

Ancaman Daesh Sempena Hari...

KUMPULAN militan Daesh mula 'mengganas' di negara ini dengan membuat kemunculan pada hari-hari...

Selepas Perkasa, KPN Jadi...

TIDAK habis-habis buat provokasi dan memang gila betul!Sehari selepas cuba cetus huru-hara dengan...

Haqiem Mahu Penonton Faham Erti ‘Tergantung Sepi’

DEBARAN pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-32 kini sudah semakin dirasai bukan sahaja oleh penyanyi yang bertanding, malah para peminat turut merasai kehangatannya.

Sebanyak 12 lagu yang akan dipertandingkan dan malam esok dan sudah semestinya banyak lagu telah menjadi ramalam penonton yang bakal bergelar juara pada malam esok.

Salah satunya ialah lagu Tergantung Sepi, nyanyian penyanyi muda, Haqiem Rusli yang mana sering disebut di bibir peminatnya sebagai bakal juara pada edisi kali ini.

“Saya tidak target untuk menang apa-apa pun, saya sedar saya masih muda dan baru pertama kali masuk AJL.

“Berlawan pula dengan otai-otai misalnya Dayang Nurfaizah dan Hazama. Susah untuk menang sebenarnya,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambah penyanyi muda berbakat besar itu, ramalan dibuat penonton itu sama sekali tidak ganggu konsentrasinya malah ia menjadi semangat buat Haqiem untuk memberikan yang terbaik pada persembahan malam esok.

“Kalah atau menang bukan soalnya. Janji saya puaskan hati keluarga, peminat dan syarikat rakaman saya,” tambahnya lagi dengan penuh rasa semangat.

Haqiem yang baru berusia 20 tahun ini antara penyanyi baharu serta berjaya melangkah ke pentas akhir selain Wany Hasrita, Hael Husaini, Ara Johari dan ramai lagi pendatang baharu.

Tewas atau menang sememangnya tidak jadi kepentingan buat penyanyi ini, kerana itu semua merupakan adat pertandingan dan lagi pula dengan usianya yang muda itu sama sekali akan jadi contoh kepada penyanyi baharu lain.


Di sebalik lagu Tergantung Sepi, tersirat maksudnya tersendiri dan semestinya dari segi persembahan, penyanyi kelahiran Hulu Langat, Selangor itu mahu penonton untuk memahami lebih lanjut maksud di sebalik lagu tersebut.

“Alhamdulillah, persediaan berjalan lancar dan perkara yang ingin saya tonjolkan sebenarnya makna lagu Tergantung Sepi kepada orang ramai,” tambahnya lagi.

Tahun ini, AJL32 akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang membawa tema Fesyen dan Muzik.

Dalam masa yang sama, Alif Satar dan Sherry Al Hadad akan menghangatkan lagi suasana sebagai pengacara pada malam esok.

Selain itu, terdapat 11 lagi lagu lain iaitu Warkah Untukmu (Ara Johari), Bayang (Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini), Aku Yang Sebenar (Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Altimet) dan Akhirnya Cinta (Salma).

Juga Separuh Mati Ku BercintaĀ (Dayang Nurfaizah), Sejati (Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Lebih Sempurna (Syamel) dan Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri). –Ā MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori