Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fasha Nafi Kaitkan ND,...

NAMPAKNYA masih belum lerai perselisihan faham antara Nora Danish dan Fasha Sandha yang...

Tak Malu! Satu Keluarga...

SUDAH makan, tapi tak mahu bayar! Lebih teruk lagi perbuatan itu dilakukan satu...

SPRM Pahang Buat 18...

TEMERLOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang membuat 18 tangkapan membabitkan pelbagai...

Lukisan Hyper-Realistik Ini Pasti...

Kenali Eloy Morales, beliau adalah seniman Sepanyol yang terkenal dengan lukisan hyper-realistik.Lihat sahaja...

Harap Indonesia Tak Henti Hantar Amah Ke Malaysia

BAGAN DATUK – Malaysia berharap Indonesia tidak memberhentikan penghantaran pembantu rumah berikutan kes penderaan sehingga membawa maut yang berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini kerana ia merupakan kes terpencil.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan drastik negara jiran itu hanya akan merugikan kedua-dua buah negara.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau akan bertemu Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri untuk berunding semula dan mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung masalah yang berlaku dalam tempoh terdekat.

“Kita (Malaysia) melahirkan rasa terkilan jika benar pihak Indonesia, mengikut laporan media, akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara kita disebabkan kes terpencil yang berlaku berhubung penderaan terhadap pembantu rumah.

“Malah kita tahu bahawa kita mempunyai SOP (Prosedur Operasi Standard) yang tertentu yang harus dipatuhi para majikan dan kerajaan Malaysia tidak akan pernah melindungi mana-mana majikan yang melakukan penderaan atau kezaliman,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Dataran Bagan Datuk dan turut meninjau beberapa projek infrastruktur di sekitarnya.

Dalam laporan portal berita tempatan yang memetik portal berita Indonesia hari ini, Jakarta merancang untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Lisao, 26, yang didera di rumah majikannya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata atas dasar kemanusiaan, Malaysia tidak akan melindungi atau menyembunyi sebarang fakta yang berlaku dalam kejadian tersebut.

“Pendakwaan akan dilakukan dan pengadilan akan dibuat di Malaysia. Indonesia perlu yakin negara ini merupakan sebuah negara yang berbeza dengan negara-negara lain (berhubung kes penderaan dan kematian pembantu rumah),” katanya.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan dari segi kadar peratusan penderaan pembantu rumah di negara ini, ia adalah yang terendah berbanding negara-negara lain.

“…ertinya kita mengambil kepedulian terhadap kebajikan pembantu rumah dari Indonesia di negara ini,” katanya.

Ahmad Zahid turut memberi jaminan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia akan terus memantau jika terdapat aduan berkaitan penderaan pembantu rumah dI negara ini.

“Kita akan melihat semula perjanjian di antara majikan dan pekerja berkenaan, mana-mana peraturan yang masih mempunyai kelonggaran maka kita akan adakan kajian semula termasuk SOP keselamatan,” katanya.

Adelina yang mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua-dua kaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam. – BERNAMA

Kategori