Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

19 Perkara Tidak Batalkan...

UMAT Islam mana yang tidak gembira menyambut Ramadan, bulan yang dipenuhi keberkatan dan...

‘Tikus Raksasa’ Ditangkap Di...

GEMPAR dunia internet semalam apabila gambar didakwa tikus 'raksasa' yang ditangkap di Subang Jaya...

Pelajar Perubatan Miss World...

SANYA - Pelajar perubatan dari India, Manushi Chhillar, 20, dinobatkan sebagai Miss World...

13,215 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan 13,215 kes harian Covid-19, jumlah tertinggi setakat ini...

Hari Radio Sedunia, Suria FM Ubati Kerinduan Pendengar

TIADA yang lama, maka tiadalah yang baharu… Begitulah juga dikatakan jika tiada penyampai radio yang terdahulu, maka tidak lahirlah ramai penyampai radio muda berbakat pada masa kini.

Pada 13 Februari ini merupakan Hari Radio Sedunia dan disebabkan tarikh keramat itu, Suria FM ambil insisiatif dengan bawa bekas penyampai radio tempatan bagi menceritakan pengalaman mereka selama menjadi DJ radio.

Selaku pengurus program Suria FM, DJ Lin memberitahu bahawa undangan berkenaan merupakan satu cara untuk bekas penyampai menceritakan kisah pahit manis mereka sejak menjadi anak seni dalam dunia penyiaran radio.

“Bidang penyiaran radio bukanlah semudah yang disangka. Berbekalkan pengalaman mereka yang lebih daripada 10 tahun dalam bidang ini, kami percaya banyak warna-warni dunia penyiaran radio.

“Ia dapat dikongsikan dengan peminat di luar sana. Saya yakin peminat juga akan sama teruja untuk mendengar kombinasi penyampai lama dan baru dalam satu konti apabila ke udara kelak.

“Mereka akan memeriahkan segmen Suria Pagi dan Suria Petang bermula 5 Februari sehingga 9 Februari ini,” kata DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majis dipetik daripda mStar Online.

Antara bekas penyampai radio yang bakal diundang pihak Suria FM ialah David Low (Era FM), Fara Fauzana (Hot FM), Faizal Ismail (Hot FM), Kieran (Hot FM) dan Khairil Rashid (Sinar FM).


Malahan jadual segmen juga telah disusun cantik oleh DJ Lin sendiri bagi memudahkan para pendengar untuk mendengar sendiri kisah hidup penyampai kegemaran mereka itu.

Bukan itu sahaja, malah beberapa DJ RTM termasuk Sazali Said, Chuari Selamat dan Fauziah Nawi juga telah dijemput ke studio bagi berkongsikan pengalaman mereka.

Dalam masa yang sama, Suria FM juga bakal membuat liputan langsung di stesen Petronas NKVE Damansara pada Selasa akan datang iaitu ketika Hari Radio Sedunia itu.

“Istimewanya kali ini, 100 pendengar terawal yang hadir berpeluang bertemu penyampai Suria FM seperti DJ Lin sendiri, Zulin Aziz, Fizi Ali, Brian, Bob Ringgo, Tyzo dan Suraya selain dapat bersarapan percuma dan barangan eksklusif Suria.

“Kami akan berada di sana dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Suria dan media sosial kami,” tambahnya lagi.

Usaha yang dilakukan oleh pihak Suria FM itu dalam masa yang sama dapat mengubat kerinduan ramai bekas penyampai radio untuk bersiaran bagi menghargai pendengar. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori