Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerjasama PAS, UMNO Beri...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin...

Tubuh Siasatan Diraja Siasat...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) memohon...

Mansor Puteh Label Azizulhasni...

PENGKRITIK dan Pengarah filem terkenal, Mansor Puteh menghentam pemenang pingat gangsa di Sukan...

Kesenian Dan Kebudayaan Berpotensi...

KUALA LUMPUR - Kesenian dan kebudayaan merupakan industri yang menjanjikan pulangan dan berupaya...

Helikopter Bomba Hantar 14 Tan Bekalan Makanan

TATAU – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menghantar 14 tan bekalan makanan untuk keperluan 4,354 penduduk terjejas banjir menggunakan helikopter Mi-171.

Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Farhan Sufyan Borhan berkata 10 anggota unit udara diketuai pegawai Mohd. Ruzaidi Ramlee melakukan misi penghantaran itu bermula 10.54 pagi tadi berpusat di Dewan Sukan Tatau, dekat Bintulu.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau hari ini menerima bantuan unit udara bomba dan penyelamat untuk menghantar bekalan makanan ke dua buah rumah panjang yang dijadikan pangkalan iaitu Rumah Dilang dan Rumah Thomas. Bekalan makanan tersebut akan diagihkan kepada 4,354 penerima yang tinggal berhampiran kedua-dua rumah panjang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Sukan Tatau di sini petang ini.

Selain Unit Udara Bomba dan Penyelamat, misi penghantaran bekalan itu turut dibantu anggota agensi lain seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia , Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan tentera.

Farhan berkata misi menggunakan helikopter itu akan diteruskan esok melibatkan penghantaran bekalan makanan ke Rumah Barat yang terletak di Ulu Sungai Anap juga dalam Daerah Tatau.


“Selain melaksanakan misi menghantar bekalan makanan, Unit Udara Bomba dan Penyelamat juga melakukan pemantauan udara untuk mendapatkan gambaran jelas situasi banjir di daerah ini.

“Berdasarkan pemantauan yang dilakukan kawasan yang ditenggelami banjir didapati beransur surut,” katanya.

Sejumlah 602 penduduk daripada 138 keluarga terjejas banjir masih ditempatkan di Dewan Sukan Tatau setakat 4 petang tadi. – BERNAMA

Kategori