Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perancang Berbeza MABA Hadapi...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) hanya akan menghantar pemain bagi...

‘Kembar’ Neelofa Pemenang Ratu...

POPULARITI pelakon Neelofa Mohd Noor kini semakin memuncak sementelah drama lakonannya, Suri Hati...

Lelaki Dibayar $ 18,000...

Siapa sangka, seorang lelaki yang baru kehilangan kerja pada Ogos lalu, mendapat 'durian...

Perhimpunan Agung PPBM Buka...

PUTRAJAYA - Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kali kedua...

Hoki Piala Dunia: Malaysia Tempah Laluan Sukar

SKUAD hoki lelaki negara terpaksa cuba sedaya upaya untuk melepasi saingan peringkat kumpulan meskipun dilihat berdepan cabaran sukar pada pusingan akhir Piala Dunia di Bhubaneswar, India, dari 29 Nov hingga 16 Disember ini.

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen berdepan dengan tugas getir untuk mara ke pusingan kedua setelah diundi bersama juara Eropah serta juara dunia tiga kali, Belanda, juara dunia dua kali, Jerman dan bekas juara dunia empat kali, Pakistan, dalam Kumpulan D.

Berdasarkan undian yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dalam laman rasminya, www.fih.ch, hari ini,  skuad Malaysia Tigers  akan membuka kempen dengan menentang Belanda pada 1 Disember diikuti Pakistan (5 Disember) dan menamatkan perlawanan kumpulan dengan berdepan Jerman pada 9 Disember.

Menurut ranking dunia, Belanda, selaku naib juara edisi lepas pada 2014, menduduki  tangga keempat, Jerman (kelima) dan Pakistan ke-13 manakala Malaysia di tangga ke-12.

Sementara itu, juara bertahan Australia, yang juga pasukan ranking pertama dunia, disenaraikan dalam Kumpulan B bersama England, Ireland dan China.

Mengikut format pertandingan Piala Dunia melibatkan 16 pasukan, juara daripada empat kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir manakala pasukan kedua dan ketiga dalam setiap pasukan akan ke pusingan kedua ‘play-off’ untuk memburu empat lagi slot dalam peringkat suku akhir.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung dari 1 hingga 9 Dis dikuti pusingan kedua ‘play-off’ pada 10 dan 11 Disember, suku akhir (12 dan 13 Disember), separuh akhir (15 Disember), tempat ketiga dan final pada 16 Disember.

KUMPULAN:

A: Argentina, New Zealand, Sepanyol, Perancis,

B: Australia, England, Ireland, China


C: Belgium, India, Kanada, Korea Selatan

D: Belanda, Jerman, MALAYSIA, Pakistan.

Sementara itu, ketua jurulatih, Van Huizen mengakui tugas getir menanti anak buahnya tetapi meletakkan harapan untuk muncul antara lapan pasukan terbaik pada kejohanan tersebut.

“Format Piala Dunia kali ini agak berbeza di mana bukan dua pasukan teratas dalam kumpulan ke separuh aklhir tetapi mempunyai peringkat suku akhir. Oleh itu, kami masih mempunyai peluang kedua selepas saingan peringkat kumpulan.

“Memandangkan kita disenaraikan bersama dua pasukan gergasi dari Eropah dan Pakistan, maka kita sekurang-kurangnya perlu satu kemenangan atau satu kemenangan dan satu seri supaya dapat menduduki kedudukan lebih tinggi daripada tempat kesembilan.

“Buat masa ini, kami perlu menghadapi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bermula hujung minggu ini diikuti Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April ini, sebelum beralih tumpuan kepada Piala Dunia,” katanya.

Pada edisi lepas di Hague, Belanda, pada 2014, Malaysia menduduki tangga ke-12 manakala pencapaian terbaik skuad negara adalah tempat keempat semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 1975. – BERNAMA

Kategori