Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nak Terkenal, 6 Remaja...

HANYA kerana mahukan perhatian dan popular, enam remaja dari Jepara, Jawa Tengah Indonesia ini sanggup...

Kesatuan Umat Islam Kunci...

KRABI (Selatan Thai) - Kesatuan umat Islam yang merentasi sempadan negara, bangsa, bahasa...

SAR Cari 6 Mangsa...

KOTA KINABALU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot pelancong...

Trailer ‘Munafik’ Buah Tangan...

TIDAK siapa dapat menafikan sentuhan Pengarah Syamsul Yusof menerusi filem seram pertama arahannya,...

Homoseksual Gangguan Mental Di Indonesia

AMALAN toleransi dilihat semakin mundur di Indonesia apabila kementerian kesihatannya pada Jumaat memberitahu ia akan mengeluarkan garis panduan kesihatan yang mengklasifikasikan homoseksualiti sebagai gangguan mental.

Bercakap kepada Efe News, pengarah Pencegahan dan Kawalan Masalah Mental kementerian itu berkata, menurut garis panduan badan pseudo-psikiatrik, komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berisiko mengalami gangguan mental berikutan orientasi seksual mereka.

Garis panduan itu bersandarkan pada dua laporan, yang pertama dirangka pada 2016 oleh Persatuan Pakar Psikiatri Indonesia dan laporan kedua diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, tahun lalu.

Persatuan yang diterajui pakar-pakar psikiatri itu turut mengesyorkan beberapa hak golongan LGBT seperti akses rawatan dan kesedaran perubatan.

Dalam pada itu, pasangan sejenis yang berhasrat untuk melancong ke Indonesia mungkin perlu mempertimbangkan semula hasrat mereka kerana seks sejenis disabitkan sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Parlimen Indonesia kini sedang membincangkan pindaan kepada kod panel untuk mensabitkan kesalahan homoseksual sebagai satu jenayah di negara itu.


Namun, ia tidaklah seteruk sesetengah negara yang memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan berkenaan.

Terbaru, beberapa salun kecantikan di Indonesia diserbu pihak berkuasa bagi menyekat kegiatan golongan LGBT di negara itu yang mencatatkan bilangan umat Islam paling banyak di dunia.

Setakat ini, hanya Acheh yang melaksanakan hukuman bagi kesalahan homoseksual di negara itu. – India Today/mStar Online

Kategori