GEORGE TOWN – Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari waris seorang lelaki yang mayatnya tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu sejak minggu lepas.
Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail berkata lelaki yang dikenali sebagai Wong Kwun Kwai, 71, itu meninggal dunia pada 30 Jan akibat kanser paru-paru.
Wong memegang kad pengenalan bernombor 460409-07-5049 dan alamat terakhirnya ialah di 164-D, Mk 16, Padang Tembak, 11400, Ayer Itam di sini, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata waris mangsa boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Awam HPP di talian 04-2225947/5116 bagi maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat. – BERNAMA