Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKR Umum Calon Esok

JOHOR BAHRU : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan semua 17...

SPRM Berjaya Selesaikan 781...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 85 peratus daripada keseluruhan kes yang disiasat Suruhanjaya...

Tak Perlu Paksa Mukhriz...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak...

Perbicaraan Kes Bunuh Pengasas...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan semula kes seorang bekas pemandu trak tunda yang sebelum...

HRDF Berazam Perluas MIP, Pupuk Amalan Beretika

KUALA LUMPUR – Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) berazam untuk meluaskan penggunaan Profil Integriti Malaysia (MIP) bagi memupuk amalan beretika ketika berurusan dengan pelbagai pemegang kepentingan.

Ketua Pegawai Eksekutif HRDF Datuk CM Vignaesvaran Jeyandran berkata proses pemprofilan MIP itu akan membantu agensi kerajaan dan entiti swasta memahami tentang kecenderungan tenaga kerja terhadap perbuatan rasuah dan penyelewengan.

“Latihan dan ceramah semata-mata tidak mengubah sikap seseorang. Di sinilah pentingnya pemprofilan seseorang individu bagi menentukan set latihan yang tepat berhubung amalan integriti,” katanya pada sidang berita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara HRDF dan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) di sini, hari ini.

“Pada masa ini, sebanyak 16 syarikat sudah menggunakan MIP dalam organisasi masing-masing, termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta beberapa bank juga,” katanya.

MoU itu merupakan ikrar HRDF dan INTEGRITI bagi mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap amalan integriti di tempat kerja dan ruang selebihnya.

Majlis itu dirasmikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

Dalam ucap tamanya, Riot berkata penandatanganan MoU itu menjadi bukti tentang komitmen HRDF untuk menghapuskan rasuah, sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perkhidmatan yang berlandaskan amalan serta prinsip bersih, cekap dan amanah adalah antara kualiti paling penting yang perlu dimiliki sesebuah organisasi bagi menjamin wujudnya amalan bersifat adil dan berhemat,” kata beliau.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata HRDF dan INTEGRITI berharap MIP itu akan dijadikan amalan wajib di tempat kerja.

“Kami ingin memperluaskannya bukan sahaja ke GLC, agensi dan syarikat yang berdaftar dengan HRDF, tetapi juga kepada semua syarikat swasta.

“Kami ingin pastikan amalan integriti menyentuh denyut nadi setiap individu, anda boleh lihat negara yang mengalami kegagalan seperti Zimbabwe dan Somalia, kadar rasuah mereka begitu tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Anis Yusal mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sekiranya mereka tidak berwaspada, rasuah akan merosakkan prinsip serta ekonomi negara ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HRDF

Kategori