Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gambar: Kejayaan Selebriti Barat...

MENJADI selebriti, imej dan penampilan diri perlu diutamakan untuk kelihatan sentiasa menarik, cantik...

RELA Cuba Disogok ‘Datuk...

KUALA LUMPUR – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang didakwa cuba disogok wang...

Pos Malaysia Rugi RM35.4...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatatkan perolehan sebanyak RM550 juta, menyusut...

Kapal MT Orkim Harmony...

KUALA LUMPUR - Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu,...

Ibu Bantu Kekasih Rogol Anak Dirasuk Syaitan

SEORANG wanita durjana yang berulang kali bantu kekasihnya merogol anak perempuannya sejak berusia lapan tahun kerana percaya mangsa dirasuk syaitan, akhirnya dipenjara selama 14 tahun.

Celia Beatriz Sosa mula melakukan penganiayaan berkenaan dengan memegang badan anaknya supaya kekasihnya, Sergio Eduardo Gimenez dapat merogol budak itu di rumah mereka di Buenos Aires, Argentina.

Kejadian berkenaan berlaku sehingga 2015. Kanak-kanak terbabit kini sudah berusia 17 tahun manakala Sergio pula telah melarikan diri dan sedang diburu oleh pihak Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol).

Kesan serangan seksual itu, anaknya mengandung dan telah dihantar ke Paraguay untuk digugurkan kandungan tersebut.

“Dia (Sergio) selalu mabuk dan saya tidak pernah suka kepada dia. Dia kata ada syaitan dalam badan saya lalu ibu saya mula percaya. Ia (rogol) itu bermula ketika saya berusia lapan tahun.

“Ibu saya akan mengejutkan saya dan memberitahu saya perlu melakukan `sesuatu’ dengan lelaki itu. Sudah pasti saya tidak mahu melakukannya,’’ kata anak perempuan Celia dalam satu kenyataan.


Menurutnya lagi, dia juga sering diingatkan apa yang perlu dilakukan sebelum tidur dan Celia akan memaksa anaknya mengangkang. Celia juga memukul anaknya dengan tali pinggang.

“Saya terpaksa melakukannya. Kadang-kadang sepanjang malam. Kadang kala dia pakai kondom, kadang kala tidak,’’ kata anaknya.

Remaja itu kemudian memberitahu neneknya dan membuat laporan polis serta bertemu dengan pakar sakit puan dan psikiatrik untuk penilaian. Akhirnya pakar-pakar terbabit mengesahkan cerita anak Celia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori