KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara jiran selepas menahan seorang lelaki dalam satu operasi di Stesen Bas Lembah Sireh di sini, petang semalam.
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata suspek yang berusia 24 tahun itu ditahan ketika keempat-empat PATI lelaki berkenaan sedang menaiki kenderaan yang dipandu suspek.
āLaporan awal mendapati empat PATI berkenaan sedang menunggu seseorang di stesen bas itu selama dua jam sebelum mereka menaiki kenderaan yang dipandu suspek.
āPihak kami kemudiannya memperkenalkan diri ketika suspek dan PATI berkenaan mahu beredar dari stesen bas berkenaan sebelum suspek bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan,ā katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan awal pihaknya mendapati kesemua PATI berkenaan yang berusia antara 22 dan 46 tahun merupakan warganegara Myanmar serta tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
āKesemua PATI berkenaan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut manakala lelaki berkenaan ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,ā katanya. – BERNAMA