Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Rasmi Pecah...

MERSING - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mencemar...

P/Raya Kerajaan Tempatan Beri...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di negara ini dikhuatiri akan memberi...

Musa Hassan Setuju Pasukan...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan bersetuju...

Darurat ‘Palsu’ Trump Cetus...

DEMONSTRASI telah diadakan pada Isnin di Washington, New York, Chicago dan berpuluh-puluh lagi...

Imigresen Kulim Bakal Pindah Ke Tempat Sesuai

KULIM – Pejabat Imigresen Daerah Kulim bakal dipindahkan ke lokasi yang lebih strategik dan selesa dalam masa terdekat.

Ketua Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Daerah Kulim, Muhamad Ali Abdullah berkata sudah tiba masanya pejabat imigresen yang terletak di Jalan Lunas, Taman Seluang di sini dipindahkan kerana sempit dan tidak selamat.

“Pejabat sedia ada sekarang tidak sesuai lagi dalam menampung kapasiti pelanggan terutama pada hari Ahad. Ini kerana, imigresen Kulim-Bandar Baharu bukan saja menerima pelanggan dari sekitar selatan Kedah tetapi Pulau Pinang.

“Malah lokasinya yang terletak di bangunan rumah kedai dan berhampiran jalan utama, mengundang risiko yang pelbagai seperti dipecah masuk,” katanya ketika ditemui media di Karnival Sukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Peringkat Kulim-Bandar Baharu di sini hari ini.

Karnival yang julung kali diadakan itu dihadiri lebih 1,500 orang daripada 12 agensi di bawah KDN termasuk Pasukan Gerakan Am, Jabatan Imigresen, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan 500 peserta menyertai lima acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, badminton, tarik tali dan sukaneka.

Jelasnya, urusan mengenal pasti lokasi dan perpindahan pejabat imigresen tersebut sudah dibincangkan dan kini hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan.


“Kita belum tentukan lokasi sebenar namun melihat kawasan di Kulim Hi-Tech adalah paling sesuai dari aspek keluasan, keselamatan dan kemudahan lain termasuk parkir,” katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata perpindahan tersebut adalah antara perancangan untuk menaik taraf infrastruktur di daerah ini.

“Apa yang penting, lokasi dan bangunan baharu itu akan melancarkan urusan pelanggan terutama membabitkan visa dan pasport,” katanya. – BERNAMA

Kategori