Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gagal Lapor Jenayah Seksual...

PUTRAJAYA - Individu yang didapati gagal membuat laporan ke atas jenayah seksual terhadap...

Mahkamah Tolak Rayuan Palanivel,...

PUTRAJAYA - Bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain...

Beto Kusyairy Dah Buka...

KALAU cakap soal 'pelakon kayu', mesti kita akan terus terfikirkan Fattah Amin kan?...

Manusia Tertinggi Di Malaysia...

KEHADIRAN lelaki yang mempunyai ketinggian luar biasa mencuri perhatian pengunjung di Program Pemimpin...

Imigresen Tumpas Sindiket Pemalsuan ‘Abang Bai’

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen dan cop keselamatan Imigresen yang didalangi seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai ‘Abang Bai’.

Dalam serbuan di sebuah premis di Sri Gombak kira-kira 8 malam semalam, JIM menahan suspek utama berusia 26 tahun itu dan pemeriksaan menemukan beberapa cop keselamatan keluar masuk palsu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Kompleks Sultan Abu Bakar, cop keselamatan Singapura, cop nama pegawai kanan JIM, beberapa naskah pasport antarabangsa, pelekat keselamatan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan salinan lembut ‘Special Pass’, disyaki bagi tujuan pemalsuan.

Turut turut ditahan ialah tiga adik-beradik suspek termasuk seorang remaja lelaki berusia13 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata sindiket pemalsuan dokumen dan cop keselamatan Imigresen itu aktif sejak setahun setengah lepas dengan kebanyakan pelanggan tetap dari sekitar Lembah Klang.

“Suspek dipercayai mengenakan caj RM200 bagi pelanggan yang ingin mendapatkan “Special Pass” untuk tempoh 30 hari dan bayaran sebanyak RM100 bagi cop keselamatan keluar masuk di pintu keluar masuk utama negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafar berkata kebiasaannya suspek hanya akan berjumpa dengan pelanggan tetap di premis yang ditetapkan dan akan endors cop-cop keselamatan JIM tersebut pada pasport pelanggan sama ada di dalam kereta atau di tandas premis tersebut.

Siasatan awal mendapati suspek membeli cop keselamatan JIM itu pada harga RM1,000 setiap satu daripada seorang warga tempatan, katanya.

Menurutnya, suspek menetap di Malaysia menggunakan pas tanggungan.

Mustafar berkata suspek tersebut juga dipercayai terlibat dengan rantaian aktiviti pemalsuan pelekat PLKS yang dikeluarkan oleh JIM.


Dia juga dipercayai mempunyai rangkaian pelanggan dari Pakistan, India, Filipina dan Nigeria berdasarkan kepada beberapa naskah pasport antarabangsa negara berkenaan yang ditemui, katanya.

Mustafar berkata suspek utama ditahan di bawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu membuat atau memalsukan atau meminda suatu endorsemen atau dokumen untuk digunakan sebagai visa, permit, pas atau kelayakan di bawah akta.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM30,000 dan penjara lima hingga 10 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.

Antara kesalahan lain yang dikenal pasti ialah pemilikan cop palsu keselamatan Jabatan Imigresen Malaysia dan telah tinggal lebih masa, katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori