Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gambar Disalahguna, Nora Danish...

PELAKON Nora Danish akan membuat satu laporan polis berhubung penyalahgunaan gambarnya dalam sebuah...

Air Pasang Besar Dijangka...

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir...

‘Terlalu Awal Bercakap Mengenai...

KUALA LUMPUR - "Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai Rompin, bila tiba masanya,...

“Cina Memeluk Islam Dikutuk...

UNGKAPAN Malai Chu atau ‘Melayu Babi’ adalah antara cercaan sering dihamburkan sebilangan masyarakat...

Indonesia Berputih Mata Ke Pentas Akhir BATC

ALOR SETAR – Pasukan wanita Indonesia berputih mata untuk beraksi di pentas akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 apabila tunduk 0-3 kepada Jepun dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.

Bagi pemain perseorangan wanita Indonesia, Fitriani Fitriani, sikap kurang sabar menjadi antara sebab dia gagal menghadiahkan mata buat pasukan apabila tumpas kepada Akane Guchi 21-17, 13-21, 17-21.

“Saya minta maaf kepada pasukan kerana tidak dapat memberikan mata. Mungkin saya kurang sabar dan gagal mengatasi situasi pada set kedua dan ketiga. Inilah pengajaran terbaik buat saya agar terus konsisten untuk membantu pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Pemain berusia 19 tahun itu, berkata sikap tidak sabar sehingga gagal mengawal permainan, turut membuatkan beliau tidak yakin dengan permainannya serta sering melakukan kesilapan, dan keadaan itu dimanfaatkan sepenuhnya Akane.

“Pada perlawanan hari ini, saya tidak tertekan seperti perlawanan kelmarin walaupun ini penentuan ke final. Saya anggap (Akane) sebagai rakan latihan kerana ini kali pertama saya bertemu dengannya,” kata beliau.

Sementara, gandingan Greysia Polii-Apriyani Rahayu terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila tewas dalam aksi tiga set kepada Misaki Matsumoto-Ayaka Takahashi 20-22, 21-19, 21-18.


“Kita banyak belajar dalam kejohanan ini kerana kita berjuang untuk menang terutama untuk manfaat masing-masing, walaupun hasilnya kalah,” kata Greysia.

Hasrat Indonesia untuk mengutip mata tunggal menerusi Gregoria Mariska Tunjung juga tidak kesampaian apabila pemain itu tumpas kepada Nozomi Okuhara 21-5, 19-21, 21-15.

Dalam pada itu, Jepun bakal bertemu China yang menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir, di pentas final esok. – BERNAMA

Kategori