Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

801,773 Individu Sudah Terima...

KUALA LUMPUR - Seramai 287,737 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19...

Setuju Laksana Koridor Perjalanan

JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan satu koridor perjalanan antara kedua-dua negara...

Pakatan Harapan Akan Terima...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan tidak ubah seperti Pakatan Rakyat dan tiada jaminan...

Pembantu Khas ADUN DAP...

GEORGE TOWN - Padah meramas dada dan kemaluan wanita muda, seorang pembantu khas...

Polis Terima Laporan Murid Dipaksa Minum Air Panas

SEREMBAN – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan telah menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, dekat sini yang melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Zaldino Zaludin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada Sabtu lalu daripada IPD Dang Wangi dan kes masih dalam siasatan awal.

“Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes.

“Dakwaan ibu mangsa yang mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan-laporan yang pernah dibuat sebelum ini, adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata setiap kes yang dilaporkan kepada pihaknya akan disiasat seadilnya.


Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun menderita akibat melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.

Kejadian berlaku Isnin lalu iaitu sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng, dekat sini. – BERNAMA

Kategori