KUALA LUMPUR – Perlembagaan Persekutuan meletakkan asas yang kukuh berkaitan bangsa dan agama dengan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun menetapkan penganut agama lain bebas mengamalkannya tanpa paksaan.
“Islam memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan masyarakat madani.
“Setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat dan negara,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2018 hari ini.
Abdul Hadi berkata, Islam mengajar penganutnya supaya menunaikan amanah dan berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada kaum Tionghua dan rakyat negara ini.
“Marilah kita membina Malaysia yang sejahtera, aman dan makmur,” katanya. – MYNEWSHUB.CC