Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Tidak Boleh Terikat...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan membantah cadangan supaya satu akta diwujudkan bagi memberi...

Jangan Terpedaya Aplikasi Palsu...

PUTRAJAYA - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan...

Hanya Satu Pusat Pemindahan...

IPOH - Dua pusat pemindahan ditutup manakala satu lagi dibuka yang menempatkan 108...

Kes Jong-nam: Reprentasi Doan...

JABATAN Peguam Negara menolak reprentasi yang dikemukakan wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong,...

Israel Ceria Gas Asli RM58 Bilion Sah Dibeli Mesir

RASMI… Mesir berjaya menjatuhkan imej umat Islam seluruh dunia apabila memeterai perjanjian ‘bersejarah’ dengan Israel untuk pembekalkan gas asli yang bernilai AS$15 bilion (RM58.4 bilion).

Berita gembira tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri rejim Yahudi Zionis, Benjamin Netanyahu kelmarin sekali gus mengesahkan tender kontrak mega selama 10 tahun tersebut dengan negara Islam berjirannya itu.

“Ia (Mesir) menyumbang berbilion-bilion shekel kepada sumber pendapatan negara,” jelas beliau dengan nada angkuh dan penuh ceria dalam satu kenyataan semasa mengumumkan hasil perjanjian lumayan tersebut.

Kerajaan Mesir menjadi negara Arab yang pertama menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1979 dan negara Islam kedua selepas Turki yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan rejim itu pada 1949.

Firma tenaga Israel, Kumpulan Delek mengesahkan kontrak itu dan mencapai persetujuan dengan rakan niaganya, Noble Energy dari Amerika Syarikat untuk membekalkan 64 bilion kubik meter gas asli kepada syarikat Mesir.

Ia ditawarkan secara khusus dari dua buah pelantar telaga minyak luar pesisir negara haram Yahudi tersebut iaitu Leviathan dan Tamar kepada pihak Mesir melalui firma negara berkenaan, Dolphinus selama tempoh sedekad.

Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz turut menyambut baik perjanjian itu dan berkata: “Persetujuan ini akan membantu untuk mengukuhkan lagi kedudukan Israel sebagai pemain utama dalam pasaran tenaga serantau.”

Namun, Menteri Minyak Mesir, Tarek Al-Molla menafikan berita itu dan mendakwa kerajaan negara tersebut tidak menerima sebarang permintaan rasmi untuk import gas Israel, ketika ditemu bual saluran televisyen swasta, DMC.


Kebenaran awal untuk tujuan pengimportan gas dari Israel ujarnya sudah diberikan tetapi kelulusan akhir ditunda sehingga beberapa syarat dipatuhi termasuk jaminan perjanjian itu membawa manfaat kepada ekonomi Mesir.

Israel mempunyai sumber asli terhad sebelum menemui beberapa telaga gas asli utama di perairan utaranya dan membina infrastruktur sejak beberapa tahun lalu untuk mengeksploitasi sumber galian ’emas hitam’ tersebut.

Tamar memulakan pengeluaran sejak 2013, memiliki simpanan gas fingga 238 trilion kubik meter, manakala Leviathan yang beroperasi pada 2019 dengan simpanan 18.9 trilion kubik meter dan 34.1 juta tong gas mampat.

Selain Mesir, jiran Israel iaitu Jordan turut memeterai perjanjian pada 2016 untuk membeli 300 juta kubik meter gas asli dari rejim Zionis itu setiap hari selama 15 tahun dalam kontrak bernilai AS$10 bilion (RM38.9 bilion).

Jordan negara Arab kedua memeterai perjanjian damai dengan rejim Yahudi itu sejak 1994 sekali gus negara Islam ketiga selepas Mesir dan Turki yang ada jalinan diplomatik bersama Israel. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori