Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Video: Ibu Biar Anak...

HENDAK dikata apa lagi kalau kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri..Itulah yang boleh...

Jaga Anjing Terbiar –...

ALOR GAJAH - Biarpun menerima tentangan daripada penduduk sekitar, seorang wanita tetap meneruskan...

LHDNM Minta Kemas Kini...

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meminta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022...

Polis Kedah Rampas 53...

ALOR SETAR - Polis Kedah akan terus memerangi aktiviti mesin judi haram di...

“Isteri Tak Cemburu, Lebih Saran Keluar Zon Selesa”

PUJANGGA pernah berkata di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita yang mendorong. Malah, di sebalik kehebatan seorang suami, ada seorang isteri di sampingnya.

Begitulah yang disimpulkan pengacara terkenal, Alif Satar saat bercerita mengenai isteri kesayangan, Shadila Halid yang merupakan pengkritik dan pada masa sama pendorong utama dalam karier seninya.

“Pengorbanan utama isteri adalah apabila dia ambil keputusan meninggalkan kerjaya demi menjadi suri rumah sepenuh masa dan jaga dua puteri kami. Jadi saya tidak mahu khianati kepercayaan isteri,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, Alif berkata lagi bahawa isterinya sama sekali tidak pernah meletakkan sebarang syarat terhadapnya untuk berlakon dengan artis tertentu khasnya pelakon wanita.

“Sebaliknya, isteri lebih menyarankan saya keluar dari zon selesa demi mengembangkan kerjaya seni. Bagi saya, perkara utama adalah percaya. Ia elemen penting dalam rumah tangga.

“Kami masing-masing perlu tahu peranan diri sendiri, malah misi utama saya adalah untuk mencari rezeki untuk keluarga,” ujar pengacara berusia 28 tahun ini.


Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kariernya yang kini mencecah usia 12 tahun, Alif memberitahu bahawa hal itu banyak mendewasakan diri.

“Banyak perkara yang saya lalui sebelum sampai ke peringkat ini.Saya menyimpan impian membawa bidang seni ke peringkat lebih gah di mata dunia. Insha Allah. Semoga hasrat saya itu tercapai, suatu hari nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebagai membuka tirai tahun 2018, Alif diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Anugerah Juara Lagu Ke-32 bersama Sherry Al Hadad pada 11 Februari depan.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori