Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian...

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media...

Peruntukan RM400 Juta Atasi...

KUALA LUMPUR - Masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang akan ditangani secara...

Zahid Gagal Dapat Kembali...

KUALA LUMPUR – Cubaan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Hujan Lebat Sebabkan Banjir...

KOTA BHARU : Beberapa kawasan sekitar Kubang Kerian dan Lundang, di sini, dilanda...

Isu Dana Asing: Azwanddin Hadir Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah hari ini hadir di Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung sebuah portal berita tempatan yang didakwa menerima dana asing bagi tujuan menjatuhkan kerajaan.

Azwanddin yang tiba sekitar 11 pagi, memberi keterangan selama dua jam dan dilihat meninggalkan perkarangan ibu pejabat polis berkenaan kira-kira 1.30 petang.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata 40 dokumen tambahan diserahkan kepada polis berhubung kes itu yang disiasat di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman kerana melibatkan orang kenamaan.

“Dokumen sokongan tambahan berhubung kes ini diserahkan kepada polis dan saya berpuas hati kerana kertas siasatan sudah dibuka khususnya kepada portal berita berkenaan.

“Diharapkan dengan penyerahan kesemua dokumen ini dapat membantu polis dalam siasatan kes berkenaan,” katanya.


Pada 4 Februari lepas, JMM dilaporkan membuat laporan polis terhadap portal berkenaan yang disyaki menerima kemasukan dana asing bagi tujuan menjatuhkan kerajaan. – BERNAMA

Kategori