Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PDRM Bersiap Sedia Hadapi...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi...

Syarikat Jual Kasut Tumit...

PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat – Inisiatif sebuah syarikat di sini mempromosikan produk berupa kasut...

LHDN Nafi Kaitan Dengan...

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan mempunyai kaitan dan...

Singapura Saman 12,000 Pemandu...

SINGAPURA - Dalam senyap tanpa sebarang publisiti, tidak ramai tahu bahawa pemandu di...

Jadikan Basikal Antara Mod Pengangkutan Di KL

KUALA LUMPUR – Basikal seharusnya dijadikan sebagai mod pengangkutan di bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat dalam kalangan penduduk bandar, kata Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Pembangunan Kerjasama Belana, Sigrid Kaag.

Mengambil negaranya sebagai contoh, beliau berkata mengayuh basikal sudah lama menjadi mod pengangkutan dengan 36 peratus daripada rakyatnya menyenaraikan basikal sebagai mod pengangkutan pilihan mereka pada hari biasa.

“Frekuensi tinggi ini adalah disebabkan infrastruktur berbasikal yang sangat bagus seperti laluan basikal, trek basikal antara bandar dan menjadikan laluan berbasikal lebih pendek, cepat dan terus berbanding laluan kereta.

“Hari ini, Netherlands mempunyai lebih banyak basikal berbanding penduduk dan penunggang basikal menghabiskan kurang masa dalam kesesakan lalu lintas serta kualiti hidup mereka bertambah baik,” katanya kepada pemberita sebelum mengetuai acara ‘Cycling Kuala Lumpur’ sempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di sini hari ini.

Turut serta ialah Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Faizzudin Puta Jamalullail, selain Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz dan Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN Habitat), Datuk Maimunah Mohd Sharif.

Sementara itu, Maimunah berkata ‘Cycling Kuala Lumpur’ merupakan bukti ke arah langkah menjadikan bandar lebih mampan dan boleh dinikmati, menerusi pelaburan dalam penyelesaian mobiliti yang lebih pintar dan infrastruktur berbasikal.

Beliau berkata sebagai menyokong Agenda Perbandaran Baharu, laluan berbasikal mula diperkenalkan di Kuala Lumpur bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat dan mencapai jumlah karbon yang lebih rendah.


“Laluan berbasikal bukan sahaja alternatif kepada rakyat untuk berbasikal di pusat bandar, tetapi juga menggalakkan rangkaian laluan untuk pelancongan berbasikal hingga ke senegap pelusuk bandar.

“Ia juga merupakan alternatif bagi melengkapkan sistem pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian serta pencemaran bandar.”

Kira-kira lebih 90 individu kenamaan, termasuk wakil korporat dan kerajaan serta rakan niaga mengayuh basikal sejauh 1.5 kilometer (laluan berbasikal) bermula dari Pusat Tourism Malaysia (MaTIC) ke pusat bandar Kuala Lumpur. – BERNAMA

Kategori