KUCHING – Jadual baru projek pembinaan Hospital Petra Jaya yang bernilai lebih RM500 juta dijangka siap akhir tahun ini yang sebelum ini tertangguh sehingga Jun tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan mengakui bahawa projek pembinaan hospital yang akan memiliki 300 katil pesakit itu berada dalam keadaan āsakitā dan memerlukan rawatan.
Katanya kontraktor pembinaan dilantik dengan kefahaman bahawa mereka berwibawa untuk menyiapkan pembinaannya mengikut jadual, namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, projek tetap tertangguh.
āSaya harap dengan tempoh baru penyiapan hospital itu, kontraktor akan lebih bertanggungjawab, kerana kesan kelewatan ini, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan penduduk sekitar sini menjadi mangsa,ā katanya dalam satu persidangan media di HUS di sini petang ini.
āJika siap hujung tahun ini, ia bermakna projek ini telah tertangguh selama satu setengah tahun, kerana mengikut jadual asalnya ia sepatutnya siap Jun tahun lepas lagi,ā tambahnya.
Oktober lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Jabatan Kerja Raya telah mengeluarkan āNotis Untuk Tujuan Penamatanā kepada kontraktor ekoran kegagalan menyiapkan pembinaan mengikut jadual dan mengenakan denda lewat atau āLiquidated Ascertained Damages (LAD) yang ditentukanā terhadapnya bernilai RM9.219 juta, dan menetapkan Jun tahun ini sebagai tarikh baru penyiapannya.
Dr Subramaniam berkata di HUS pula ketika ini projek pembangunan sedang dilaksanakan membabitkan pembinaan kompleks yang menyediakan pusat jagaan harian, dewan bedah, Makmal Pathologi, di samping 1,800 tempat letak kereta, yang jumlah keseluruhannya sekitar RM350juta.
Sementara itu, Menteri Kesihatan itu berkata pagi ini beliau telah melawat seorang pesakit jangkitan rabies di Kampung Bayou, di samping melawat kemudahan kesihatan di Serian yang disediakan bagi tujuan menangani jangkitan rabies, atau dikenali sebagai penyakit āanjing gilaā itu.
āBantuan akan disalurkan kepada keluarga terbabit dan kita akan usahakan pelbagai langkah bagi membantu merekaā katanya.
Katanya adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengapa jangkitan rabies pada manusia di Sarawak menjadi agak āsukarā berbanding di Semenanjung, kerana menurutnya ia memerlukan maklumat daripada kajian terperinci Jabatan Verterinar untuk melihat keseriusan virus rabies pada anjing.- BERNAMA