Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pertahankan Bahasa Melayu Sebagai...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara...

Ibu Gembira Bayi Antara...

KOTA BHARU - Seorang ibu teruja apabila bayi perempuan yang dilahirkannya pada 3.08...

KBS Rangka Langkah Strategik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan lebih banyak program...

Isu Slaid Titas Dirujuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi telah menyerahkan kes berkaitan bahan kuliah yang...

Jakim Dah Tahu Identiti Sajat, Tapi Masih Dirahsiakan

DALAM diam rupa-rupanya pengasas kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman telah mendedahkan identiti jantinanya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika pertemuan mereka pada Januari lalu.

“Saya dah dedahkan mengenai identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan terdahulu.

“Ibu bapa saya juga telah memberi keterangan mengenai identiti saya kepada dia,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut Sajat, identiti dirinya kini sudah diketahui oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof, bersama kedua ibubapanya di Wisma Nur Sajat, Shah Alam pada 16 Januari yang lalu.

Namun Sajat enggan memberitahu tentang identiti yang dimaksudkan olehnya kepada pihak Jakim.

Semalam, Mohd Izwan telah memberitahu bahawa proses pendedahan jantina usahawan terkenal itu telah ‘dihalang’ oleh pihak ketiga yang merupakan individu dari pihak Sajat sendiri.

Bagaimanapun, pihak Jakim tetap komited bagi membuat pendedahan untuk menjawab segala tanda tanya yang bermain di fikiran sesetengah rakyat Malaysia.

Dalam masa yang sama, ‘wanita’ yang berasal dari Sitiawan, Perak itu tidak mahu menjawab apa-apa persoalan tentang pihak ketiga terbabit.

“No komen,” katanya ringkas.

Selain itu, usahawan bengkung itu juga memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah mempersetujui bagi menjalankan kerjasama.


Tetapi kerjasama yang dimaklumkan oleh Sajat ialah lebih kepada apa-apa pembabitannya dalam program pembangunan perniagaan serta motivasi yang dikelolai oleh jabatan berkenaan.

“Berdasarkan pertemuan sebelum ini, Jakim datang melawat dan berkenalan dengan saya dan ibu bapa saya, susulan aduan seorang individu mengenai identiti saya.

“Bila orang datang salam, dah tentu kami sambut salam dengan baik. Ya, memang ada bincang mengenai kerjasama, tapi ia hanyalah kerjasama saya untuk tampil membantu masyarakat Islam memajukan perniagaan termasuk memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya,” katanya.

Di samping itu, ‘ibu’ kepada dua anak angkat itu turut meminta agar pihak Jakim atau mana-mana jabatan berkuasa untuk segera menyiasat penulis blog yang sering membuat kenyataan serangan secara peribadi keatas dirinya selepas isu berkenaan naik.

“Minta Jakim atau mana-mana badan panggil dan siasat dia sebab telah mengganggu hak asasi kemanusiaan saya dan anak-anak (angkat), serta melakukan provokasi secara terbuka untuk mengaibkan saya,” tambahnya laagi.

Tambah Sajat, dia akan mengambil tindakan serius terhadap penulis blog berkenaaan. –Ā MYNEWHSUB.CC/AH

Kategori