Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

KKM Sasar Laksana Konsep...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan melaksanakan konsep Hospital Kluster melibatkan hospital awam...

Curi Motosikal Untuk Beraya

Iskandar Puteri : Tiga lelaki termasuk dua daripada mereka yang masih remaja ditahan...

Vaksin Covid-19 Tiba Di...

LABUAN - Kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sebanyak 4,680 dos dari Kota Kinabalu,...

9 Pendaki Terperangkap Di...

KUCHING - Sembilan pendaki dan salah seorang daripadanya cedera, terperangkap di Gunung Gading,...

Jamal Derma RM7 Bilion Kepada PPBM Untuk PRU-14

SINDIR… Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini tampil memberi sumbangan ikhlas RM7 bilion (AS$1.8 bilion) kepada pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ia sebagai sindiran bagi membiayai operasi jentera parti kerdil pembangkang itu yang konon amat miskin sehingga terpaksa ‘tagih ihsan’ sekali gus membantu gerak kerja mereka menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Malahan ujarnya, dana mega itu diharapkan cukup untuk mengerakkan PPBM dan meminta parti pembangkang serpihan UMNO tersebut agar menghentikan ‘drama’ kutipan derma daripada orang ramai khasnya rakyat marhaen.

Gimik terbaharu Jamal itu juga sebagai ‘menyahut’ seruan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad minggu lalu merayu derma masyarakat untuk tanggung parti itu walhal anak-anaknya dan kroni beliau pun adalah jutawan.

Baca: Lawak Mahathir! Anak Kaya Tapi Selamba Minta Derma

Beliau dengan sinis berkata: “Cek ini sah hingga tahun 2022 sebagaimana (tanda simbolik tempoh) selama 22 tahun Mahathir (pernah) memerintah sebagai Perdana Menteri keempat dan bakal menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah dahulu. Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk beri sumbangan.”

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata demikian kepada para pemberita selepas melakukan proses transaksi dana berkenaan di perkarangan sebuah bank di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Sementara itu, beliau turut mendakwa Mahathir yang sudah berusia 92 tahun tersebut ada memberi sejumlah RM1 bilion kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) diketuai oleh DAP demi mendapatkan jawatannya sekarang.


Baca: Anina Kecam Mahathir Kaya Tapi Minta Duit Rakyat

“RM700 juta itu turut diberikan kepada PKR dan Mat Sabu untuk memastikan kedudukannya sekarang. Saya akan serah semua fail dan bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan saya ini tidak lama lagi,” ujarnya.

Jamal merujuk ‘cakap politik’ termasuk kalangan aktivis pembangkang sendiri mendakwa Mahathir berjaya dilantik sebagai Pengerusi PH setelah merasuah DAP, PKR dan PAN mengenepikan seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan licik Mahathir menyebabkan ramai ‘akar umbi’ PH melancarkan gerakan #UndiRosak sebagai tanda kempen protes terhadap kepimpinan blok itu yang lebih mementingkan kuasa berbanding bela nasib rakyat miskin.

Dalam pada itu, Jamal turut berkongsikan kisah gimik perli tersebut menerusi akaun sosial Facebook beliau dengan gambar mock cheque tertera nama Bunga Bank dan Parti Bunga Bersatu Malaysia! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori