Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pindaan Seksyen 39B ADB,...

KUALA LUMPUR — Pindaan terhadap Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 akan memberi...

JPJ Siasat Iklan Lesen...

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Bahagian Pelesenan Memandu menerima laporan berkaitan...

PBB Usaha Halang Serangan...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam bertindak untuk menghalang pertempuran sengit...

Vin Diesel Puji Ramadan,...

AKTOR aksi lasak Hollywood Vin Diesel meluahkan rasa takjubnya terhadap bulan Ramadan serta...

Jangan Cuba ‘Tukar Baju’ Pada PRU14 – Zahid

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para pengundi di negara ini agar tidak sesekali berniat menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana kononnya ‘tidak selesa’ dengan kerajaan sedia ada.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti berkata rakyat seharusnya memilih sebuah kerajaan yang telah terbukti serasi dan selesa dengan rakyat bagi memastikan negara dapat terus dibangunkan.

“Jangan cuba tanggal baju lama untuk cuba baju baharu kerana belum tentu ianya sesuai dengan badan. Baju lama juga sedap.

Kalau kita badan kecil jangan pakai baju besar, kalau badan besar jangan cari baju kecil, cari baju yang sepadan iaitu kerajaan sedia ada. Nak tukar-tukar selera buat apa? Biar pakai lama sedikit tetapi selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Karnival Jalinan Peladang peringkat negeri di Parlimen Bagan Datuk di Perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata walaupun pihak pembangkang mendakwa mereka mempunyai program pembangunan yang lebih baik untuk rakyat, namun fakta sedia ada jelas menunjukkan sebaliknya.


“Tentulah ada orang lain akan kata kalau mereka diberikan kepercayaan mereka ada program yang lebih baik.

Allah SWT takdirkan tiga negeri (pembangkang) yang ‘tangki airnya’ (peruntukan) bukan datang dari Putrajaya, apa mereka sudah buat untuk kita? Semuanya datang dari ‘tangki air besar’ (kerajaan pusat) juga,” katanya.

Justeru Ahmad Zahid berkata, jika kerajaan BN diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan pada PRU akan datang maka segala ‘keselesaan’ dan ‘keserasian’ yang dinikmati rakyat ketika ini dapat diteruskan. – BERNAMA

Kategori