Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nabil Akui Gementar Berpelukan...

Nabil cukup terkenal dengan aksi lucunya yang sentiasa mengundang tawa. Lihat sahajalah bakatnya...

Datuk Bandar Australia Saman...

MELBOURNE: Datuk bandar Australia mungkin menjadi individu pertama menyaman pencipta ChatGPT atas dakwaan...

Suspek Sepak Pelajar Kolej...

SUSULAN kes seorang pelajar Kolej Vokasional di Bachok, Kelantan iaitu Mohamad Nor Akram Zime,...

Lumia 535, Lumia Microsoft...

Microsoft hari ini memperkenalkan sebuah telefon pintar baru di bawah keluarga Lumia, iaitu...

Jangan Guna Bahan Kualiti Rendah Bina Infrastruktur

LIPIS – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ahmad Shah mengingatkan semua pihak yang diberikan projek untuk membangunkan kemudahan infrastruktur di negeri ini supaya mengikuti spesifikasi dan tidak menggunakan bahan binaan berkualiti rendah.

Tengku Abdullah bertitah ini bagi membolehkan kesemua kemudahan yang dibina itu dapat bertahan lama untuk kegunaan rakyat dan tidak ada kejadian tidak dingini sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda mahupun kehilangan nyawa.

“Saya harap pada masa akan datang kita jangan ambil mudah tentang pembinaan projek infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan awam lain seperti bangunan, bekalan elektrik, dan tangki air.

“Saya tidak mahu pembinaan infrastruktur awam ini dibina secara sub standard atau kualiti murah kerana mengutamakan keuntungan, biarlah menggunakan kualiti baik supaya pembinaan bertahan lama.

“Kalau perhatikan bangunan lama walaupun dari luar nampak buruk tetapi masih kukuh dan tegap, inilah yang saya mahukan, jadi jangan bina infrastruktur di Pahang dengan bahan kualiti rendah… please take note (tolong ambil perhatian),” titah baginda selepas melawat cerun runtuh di KM30 Jalan Sungai Koyan-Ringlet di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori