Thursday, November 14, 2024

Creating liberating content

Bekalan Petrol, Diesel Di...

PENAMPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah memberi...

Vieira Pencabar Sengit Jadi...

PATRICK Vieira dikhabarkan menjadi pencabar sengit untuk kembali ke Arsenal sebagai pengurus. Kelab bola...

2 Guru Wanita Didakwa...

Dua guru wanita di Louisiana, Amerika didakwa di atas kesalahan mengadakan hubungan seks...

2 Jam Dong Zong...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Persatuan Dong Zong, Tan Tai Kim hadir ke Ibu...

JICA Gerakkan Sukarelawan Bersih Pantai Langkawi

KUALA LUMPUR – Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) telah mengerakkan Sukarelawan Kerjasama Luar Negeri Jepun (JOCV) menjadi antara 150 peserta dalam aktiviti pembersihan pantai Kampung Ewa di pulau Langkawi baru-baru ini.

Sukarelawan lain terdiri daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Trash Hero (organisasi bukan keuntungan), Jabatan Pendaftaran Negara (Kedah) dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Ewa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat.

“Dalam tempoh satu jam pembersihan, sebanyak 66 beg sampah seberat 460 kilogram, yang terdiri daripada botol dan bekas plastik serta kasut, dikumpulkan.

“Pelajar terkejut mendapati banyak sampah di pantai,” kata JICA dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum membersihkan sendiri pantai yang biasa dengan mereka, pelajar, melalui aktiviti yang menyeronokkan yang dijalankan oleh enam JOCV, mempelajari bagaimana dan jenis sisa yang mempengaruhi alam sekitar marin dan hidupan laut seperti penyu dan ikan.

“Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melalui acara ini diharapkan dapat dikongsi bersama dengan keluarga, kawan dan komuniti mereka untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan semula, mengurangkan dan mengitar semula untuk melindungi persekitaran yang indah di Malaysia.


“JOCV yang mengambil bahagian dalam acara itu mendapati ia sangat bermakna kerana memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami isu-isu alam sekitar yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

“Mereka juga menghargai kerjasama yang menyokong dengan pelbagai agensi untuk mengukuhkan pendidikan alam sekitar,” tambah JICA.

Agensi itu berkata dengan pengurusan sisa sentiasa menjadi antara aktiviti keutamaannya, empat JOCV telah digerakkan dalam bidang pendidikan alam sekitar dan beberapa projek pengurusan sisa di negara ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JICA

Kategori