Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Proses Kendalikan Kertas UPSR...

PUTRAJAYA - Prosedur pengendalian kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah...

Waspada Dapat Panggilan Telefon...

BUKIT Aman mengulangi nasihat terhadap orang ramai supaya mengabaikan panggilan telefon daripada nombor...

Maradona Buka Kedai Emas...

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dan rakan niaganya dari...

Ahli Parlimen Ranau Nafi...

KEDUDUKAN Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dalam PKR masih dalam perbincangan.Melalui satu status...

Jong-nam Pernah Beritahu Rakan, Nyawa Dalam Bahaya

SHAH ALAM – Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, pernah memberitahu rakannya seorang warga negara Jepun bahawa nyawanya dalam bahaya, enam bulan sebelum dia mati disapu racun VX di mukanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada 13 Februari 2017.

Jong-nam atau nama pada pasportnya Kim Chol memberitahu rakan lelakinya bernama Tomie Yoshio bahawa “my life in danger, I’m scared of my life and I want a driver” (nyawa saya dalam bahaya, saya takut nyawa saya terancam dan saya perlukan pemandu).

Perkara itu dicadangkan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah, 26, semasa menyoal balas pegawai penyiasat ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, pada hari ke-31 perbicaraan kes pembunuhan Jong-nam di Mahkamah Tinggi di sini dan saksi ke-9 itu bersetuju dengan kesemua cadangan Gooi.

“Hasil siasatan saya mendapati setiap kali Kim Chol tiba di Malaysia, Tomie Yoshio akan mengarahkan pemandu peribadinya Ahmad Fuad mengambil Kim Chol di lapangan terbang, menghantar dia ke tempat penginapannya dan lain-lain tempat Kim Chol mahu pergi,” kata peguam itu yang turut dipersetujui oleh Wan Azirul Nizam.

Wan Azirul Nizam bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa AS$138,000 yang dibawa Jong-nam mempunyai kaitan dengan motif pembunuhan.

Gooi: Saya mengatakan Siti Aisyah digunakan sebagai ‘kambing hitam’,

Wan Azirul Nizam: Tidak

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa pembunuh Jong-nam yang sebenarnya adalah empat lelaki yang masih bebas iaitu Hong Song Hac, Ri Ji Hyon, Ri Jae Nam, dan O Jong Gil.

Saksi itu turut tidak bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa siasatannya terhadap empat lelaki yang masih bebas itu adalah berat sebelah.


“Saya mengatakan Hong Song Hac yang dikenali sebagai Chang merupakan seorang wakil Kedutaan Korea Utara di Indonesia pada 2016 dan 2017,” kata Gooi dan saksi itu menjawab ‘tidak tahu’.

Gooi: Saya mengatakan selepas menyapukan ‘sesuatu’ pada muka Kim Chol pada hari kejadian, Siti Aisyah telah pergi ke Berjaya Times Square dan membeli jeans berjenama Levi’s sebelum pulang ke Hotel Flamingo di Ampang.

Wan Azirul Nizam: Ya

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa Siti Aisyah bekerja di Ningo Spa di Hotel Flamingo pada 13, 14, 15 dan 16 Feb 2017 sehingga dia ditahan pada 16 Februari.

Perbicaraan kes Siti Aisyah dan wanita Vietnam, Doan Thi Huong, 29, didakwa membunuh Jong-nam bersama-sama empat lagi individu masih bebas di Balai Berlepas, klia2, Sepang pada 13 Februari 2017 di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung 14 dan 15 Mac. – BERNAMA

Kategori