Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hanya Usaha Gigih, Komited...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines yang memulakan operasi pada 1 Sept, kini bersedia...

Perintah Kawalan Pergerakan: 7...

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita...

Najib Ketuai Delegasi Malaysia...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia...

4 Kawasan PAS Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Empat kawasan PAS di Terengganu yang telah selesai mengadakan Mesyuarat...

JPJ Perlis Keluarkan 72 Saman Operasi Tahun Baru Cina

KANGAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 72 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan sempena Op Khas Tahun Baharu Cina 2018 malam tadi.

Pengarahnya Shahrul Azhar Mat Dali berkata operasi bermula 8 hingga 12 tengah malam tadi, menumpukan kepada motosikal, sebagai satu advokasi mendidik penunggang agar mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, statistik menunjukkan 60 hingga 64 peratus kemalangan membabitkan pengguna motosikal.

“Kami bukan nak menghukum pengguna jalan raya, tetapi kami nak mendidik agar mematuhi peraturan demi memastikan jalan raya selamat digunakan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.


Shahrul Azhar berkata antara kesalahan paling banyak dilakukan adalah tiada lesen memandu.

Beliau juga menasihati para pengguna jalan raya supaya melaporkan kepada JPJ jika mempunyai aduan berkaitan kesalahan jalan raya di talian 04-9763995 atau email [email protected]. – BERNAMA

Kategori