Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dugaaan Pada Wajah Bukan...

ADA insan yang diuji dengan dugaan yang berat sehingga menyebabkan seseorang itu mungkin...

Khairuddin, Zaid Sertai DAP...

GEORGE TOWN - Khabar angin bertiup kencang di Pulau Pinang yang menyatakan 'orang...

Kesihatan Pekerja Malaysia Tahap...

KUALA LUMPUR - Kesihatan pekerja di negara ini di tahap membimbangkan dengan sebahagiannya...

Mara Luluskan RM200 Juta...

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Beransur Kurang

KUCHING – Cuaca baik sejak semalam hampir di seluruh bahagian di Sarawak menjadikan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) mulai berkurangan sedikit pagi ini berbanding malam tadi, malah ia dijangka akan lebih ketara pada sebelah petangnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat 8 pagi ini 3,092 mangsa masih berada di 14 pusat pemindahan banjir sementara yang dibuka di enam bahagian di Sarawak, berbanding 3,173 mangsa malam tadi.

Empat PPS dibuka di bahagian Sibu, masing-masing tiga di Serian, Bintulu, dua di Mukah dan masing-masing satu PPS di Sarikei serta Limbang, menempatkan 3,092 mangsa daripada 974 keluarga.

“Bahagian Bintulu pula menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu menjangkau 1,183 daripada 320 keluarga diikuti dengan Sibu iaitu 1,086 mangsa daripada 354 keluarga,” katanya.


Jumlah sekolah yang ditutup kekal 48, namun hari-hari mendatang yang dijangka cerah menjanjikan keadaan semakin beransur pulih dan lebih ramai mangsa akan dibenarkan pulang hari ini. – BERNAMA

Kategori