Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Larangan Bergambar: Tunggu Keputusan...

BALING - Lembaga Tabung Haji (TH) masih menanti makluman rasmi daripada kerajaan Arab...

“Saya Dilabelkan Pembunuh Bola...

KUALA LUMPUR - "Saya telah dilabelkan sebagai pembunuh bola sepak Malaysia dan kebanyakan...

Saya Tidak Gentar Tekanan...

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq...

Kajian Semula Gaji Minimum...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara (JTPGN) sedang memperhalusi dan menganalisis...

Juruteknik Bilik Mayat Rogol Mayat Selebriti

MOSCOW – Seorang juruteknik bilik mayat dipecat selepas ujian DNA mendapati dia merogol mayat bintang realiti Russia, Dom-2, yang mati dibunuh.

Bekas bintang realiti itu, Oksana Aplekaeva, dibunuh pada 2008 dan mayatnya ditemui seorang pemandu lori di tepi lebuh raya.

Sehingga kini pembunuhnya belum ditangkap, namun selepas memperoleh maklumat baru, polis mengarahkan mayatnya digali semula untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Daily Mail, siasatan mendapati Oksana diserang secara seksual selepas kematiannya dan ujian DNA menunjukkan ia dilakukan lelaki dikenali sebagai Alexander, 37.

Alexander masih bekerja di bilik mayat berkenaan sehingga perbuatannya terbongkar baru-baru ini, dan kemudian dipaksa meletak jawatan.

“Saya tidak boleh menentang sains. Kini, sudah tiga bulan saya masih gagal mendapatkan pekerjaan,” katanya. Menurutnya, isterinya juga meninggalkannya dan menukar nombor telefon.


Alexander bekerja di rumah mayat itu selama 12 tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada laporan menunjukkan dia melakukan kesalahan lain, termasuk perbuatan keji terhadap mayat.

Menurut media Rusia, Alexander tidak boleh dihukum bagi perbuatannya kerana tiada undang-undang di negara itu yang menjadikannya kesalahan jenayah.

Polis juga menegaskan dia memang pun tiada kena mengena dengan pembunuhan Oksana. – Agensi/myMetro Online

Kategori