Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Menjana RM81,383...

Dengan hanya menyeret beg bertayar serta menggunakan kenderaan awam seperti teksi dan perkidmatan...

Lebih 3,000 Hadiri Munajat,...

MARANG - Lebih 3,000 orang ahli serta penyokong PAS menghadiri program Munajat dan...

Che Ta Dikritik Pedas...

ROZITA Che Wan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila memuat naik sekeping gambarnya...

Pemimpin Wanita BN, PH...

PETALING JAYA – Pemimpin Wanita Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) buat...

KAFA Umum Ketua Jurulatih Baharu Masa Terdekat

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melantik ketua jurulatih baharu pasukan The Red Warriors (TRW) menggantikan Sathit Bensoh, dalam masa terdekat bagi membimbing pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata kini pihaknya meletakkan kepercayaan kepada Pemangku Ketua Jurulatih Yusri Che Lah untuk mengendalikan pasukan tersebut.

“Sekarang ini kita sedang meneliti beberapa jurulatih import dan akan mengumumkannya secepat mungkin siapakah yang bakal menyertai pasukan ini,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

KAFA mengambil keputusan drastic mengugurkan Sathit Bensoh selepas persembahan pasukan itu tidak memuaskan sehingga gagal memperolehi kemenangan pada tiga perlawanan sebelum ini.

Bibi Ramjani berkata setakat ini dua calon sudah tiba di Kota Bharu iaitu Fajer Ibrahim dari Syria dan Darren Stewart dari Australia, manakala seorang lagi calon dari Serbia, Dejan Antonic akan tiba dalam masa terdekat.

Bibi Ramjani berkata pemilihan ketua jurulatih baharu itu juga mengambil pandangan daripada Yusri supaya keserasian dan persefahaman dalam pasukan dapat ditingkatkan.

Beliau berkata KAFA mahukan seorang jurulatih yang lebih berpengalaman untuk membimbing pasukannya, selain pengalaman jurulatih antarabangsa dapat dikongsi dengan jurulatih tempatan.

“Yusri memberitahu kami beliau memerlukan seseorang yang dapat membantunya menambah pengalaman melatih pasukan,” katanya.


Sementara itu, Yusri ketika diminta mengulas kejayaan Kelantan menewaskan Perak 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi, berkata kemenangan itu hasil kesungguhan dan sikap pemain sendiri yang mahukan tiga mata penuh di gelanggang sendiri.

Beliau mahu pemain terus mengekalkan mutu permainan itu selain memperbaiki kelemahan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Gol Kelantan diperoleh hasil jaringan haktrik pemain import dari Korea Do Dong Hyun pada minit ke-67, 76 dan 87 manakala jaringan pasukan Perak daripada Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-21 dan Wander Luiz minit ke-68.

Kemenangan sulung itu melonjakkan Kelantan pada kedudukan kelapan Liga Super selepas berada pada kedudukan tercorot apabila sekadar memperolehi satu mata daripada tiga perlawanan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TRW

Kategori