Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sebar Berita Palsu, Admin...

KEPESATAN teknologi maklumat memudahkan kita dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi perbualan...

Kertas Putih Reformasi Sistem...

PUTRAJAYA : Satu Kertas Putih berkaitan pemerkasaan sistem kesihatan akan dibentangkan di Parlimen...

Video: Reaksi Anak Menerima...

TIGA orang adik-beradik telah menyesal mengabaikan ayah mereka saat menerima berita kematian ayah melalui...

Banjir: Sarawak, Pahang Semakin...

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Sarawak dan Pahang menunjukkan tanda semakin pulih...

Kampus Induk Universiti P.Ramlee Sah Di Terengganu

RASMI… Setelah lebih tiga tahun berteka-teki, akhirnya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bakal menempatkan kampus induknya di Besut, Terengganu tahun ini.

Lebih menarik, Aswara akan dinaik taraf sebagai sebuah universiti penuh di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan dijangka menggunakan nama baharu iaitu Universiti P. Ramlee yang pernah dicadangkan pada 2015 lalu.

Ia disahkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sekali gus menangkis cubaan jahat pihak tertentu memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan negeri untuk memajukan Taman Ilmu di Besut.

Menurut beliau, pembinaan Aswara di kawasan tersebut bagi menggantikan kampus utamanya di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur kerana lokasi di situ agak sempit untuk menampung sembilan fakulti yang beroperasi sekian lama.

Kemudahan yang dirancang di Taman Ilmu sebagai hab pendidikan tinggi dan gerbang pendidikan koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah menarik pelbagai pusat pengajian untuk beroperasi pada sepanjang tahun ini.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dalam proses perkembangannya turut menyatakan hasrat sama bagi buka kampus cawangan di kompleks yang mampu menampung keperluan sekitar 50,000 hingga 100,000 orang pelajar.

Aswara ditubuhkan pada 1994 dengan nama asal Akademi Seni Kebangsaan akan dijenamakan sebagai Universiti P.Ramlee sempena penghargaan kerajaan atas sumbangan seniman agung itu dalam industri hiburan tanah air.

“Satu perjanjian akan dimeterai dengan UMK serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada pertengahan Mac. Dengan perkembangan itu juga, Terengganu akan memiliki sebuah lagi universiti awam tempatan,” ujarnya.

Ahmad Razif menyatakan demikian kepada pemberita selepas menutup program Profesor Bersama Masyarakat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di pekarangan Masjid Tok Jembal di Kuala Terengganu pada Jumaat.


Program selama dua hari dihadiri Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Radhuan Che Ros itu dipenuhi pelbagai kegiatan termasuk diskusi ilmu, motivasi kepada pelajar di samping kegiatan kemasyarakatan.

Menurut Ahmad Razif, perkembangan terbaharu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi setempat selain buka banyak peluang kerja kepada rakyat, sekali gus memberi makna kepada Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu.

Taman Ilmu dibangunkan pada 2004 di kawasan seluas 280 hektar dengan kos RM300 juta itu pernah terbengkalai namun disambung semula pada 2012 dengan menyediakan kelengkapan asrama dan kompleks sepadu pusat pelajar.

Turut disediakan ialah dewan konvokesyen, kompleks sukan serta stadium mini. Pembukaan kompleks itu dirintis oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tahun lalu dengan kampus Besut yang menempatkan 500 pelajar.

Pendekatan dengan konsep perkongsian yang disediakan oleh pihak kerajaan Terengganu bagi mana-mana institusi pendidikan tinggi juga menarik minat banyak pihak kerana tidak perlu mengambil masa panjang dan kos tinggi.

Ini kerana prasarana kampus atau bangunan pejabat sudah disediakan kerajaan negeri, malahan kompleks pusat pengajian berkenaan boleh dapat beroperasi dalam suasana yang amat kondusif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori