Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Semuanya Propa! Lelaki Tak...

Awal bulan lalu, seluruh penggemar rancangan dokumentari di saluran Discovery Channel ternanti-nanti program...

Lebih 1,000 Pokok Buah...

TAIPING - Lebih 1,000 pokok pelbagai jenis buah-buahan akan ditanam di tiga kawasan...

Jarak 6KM Tapi Tambang...

HANYA kerana pentingkan keuntungan, seorang pemandu teksi tergamak menipu dua pelancong dari Perancis dengan...

20 Warga Filipina, 13...

KOTA KINABALU - Sebanyak 20 warga Filipina dan 13 warga Indonesia ditahan dalam...

Kampus Sukan Diwujudkan Di Kelantan – Annuar

KOTA BHARU – Sebuah kampus khusus untuk pembangunan sukan bola sepak akan diwujudkan di Kelantan.

Usaha itu bakal dilaksanakan Syarikat Al Hamra Group dan Red One Sdn. Bhd., kata Presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

“Kampus ini dijangka akan dibina di Parlimen Ketereh selepas proses pembelian tapak dilakukan. Ia akan dilengkapi prasarana sukan yang lebih sempurna dan dijadikan pusat latihan sukan bola sepak remaja selepas tamat latihan di peringkat sekolah,” kata beliau.

Pembinaan kampus itu adalah bagi memastikan pengurusan sukan bola sepak di negeri ini lebih sistematik dalam menghasilkan bakat-bakat baharu, katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM ARMY) di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad itu turut dihadiri Pengarah Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman.

Seramai 500 pelajar telah dipilih menyertai TSAM ARMY dalam sesi pemilihan baru-baru ini dan kini menjalani latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chengal dan SMK Kadok di sini.


Dalam pada itu, Annuar berkata pelatih TSAM ARMY akan dilatih menggunakan pendekatan kurikulum gabungan daripada akademi sukan di Jepun dan Croatia.

Beliau berkata pihaknya juga akan mewujudkan satu pasukan jurulatih dari negeri ini menggunakan khidmat dan kepakaran dari negara tersebut bagi melatih kelompok perintis berkenaan.

Sementara itu, Alias berkata kementerian menyambut baik usaha tersebut memandangkan bidang akademik bukan satu-satunya faktor yang menyumbang kepada kemenjadian pelajar. – BERNAMA

Kategori