Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Acryl Sani Dahului 58...

MELAKA : Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai...

Najib & Sultan Hassanal...

PUTRAJAYA - Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri...

Wanita Tinggal Dalam Timbunan...

TUMPAT - Sejak lebih 10 tahun lalu, seorang wanita hidup dalam timbunan sampah...

Hunny Madu Bakal Timang...

PENYANYI dan pengacara radio popular, Hunny Madu, 33, mengakui sedang berbadan dua. Bagaimanapun, katanya,...

Kantoi Bangla Diberi MyKad: ‘Ratu Naga’ Tampil Di IPD

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa telah mengambil keterangan wanita yang menggunakan profil Facebook ‘Ratu Naga’ atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah berhubung sebuah video yang mendakwa warga Bangladesh diberi kad pengenalan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkata Syarul Ema Rena hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini susulan notis yang dikeluarkan suruhanjaya tersebut.

MCMC mengeluarkan notis terhadap wanita itu menerusi suaminya setelah usaha mengesannya di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini, gagal, demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurut MCMC, keterangan wanita tersebut diambil menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Dr. Mazlan Ismail dilaporkan berkata MCMC telah menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut dan siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama polis bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

“Tiada kompromi kepada penyebar berita palsu. Perlakuan mereka ini menghancurkan kesejahteraan, kemakmuran serta keselamatan rakyat dan negara. Mereka tidak akan terlepas daripada menerima hukuman mengikut undang-undang sedia ada,” katanya yang dipetik oleh kenyataan itu.

Menurut MCMC kes akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai.

Sementara itu, Syarul Ema Rena ketika dihubungi Bernama, berkata beliau hadir di IPD berkenaan bersama dua peguam kira-kira 9.50 pagi tadi.


Katanya proses memberi keterangan berlangsung selama lima jam dan berjalan dengan lancar.

“Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa dan menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada MCMC manakala telefon bimbit dan kad sim saya dirampas untuk siasatan.

“Sekarang ini, saya sedang menanti tindakan selanjutnya daripada MCMC berhubung kes berkenaan,” katanya.

Wanita itu disiasat selepas profil Facebook ‘Ratu Naga’ miliknya didakwa memuat naik sebuah video palsu berkenaan warga asing diberi kad pengenalan kononnya untuk tujuan mengundi pada pilihan raya umum yang pernah tular beberapa tahun lepas dan kini disebarkan kembali menerusi media sosial. – BERNAMA

Kategori