Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Umur Belia: Satu Kecelaruan...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang serius berkenaan kecelaruan dan perbezaan umur belia...

Gunung Berapi Filipina Meletus...

MANILA: Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada satu dan memindahkan penduduk ke tempat...

137 Ditahan Operasi Perangi...

SEREMBAN - Seramai 137 individu ditahan dalam tiga operasi iaitu Op Khas, Op...

Wanita Ditahan Reman 4...

ALOR SETAR - Seorang wanita dipercayai terlibat dengan penemuan mayat bayi perempuan dikerat...

Kantoi Dyana ‘Melalut Ke Laut’, Dira Pula Lebih Matang

SYABAS Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar menampilkan kematangan berhujah secara live ketika sesi forum Anda Tanya, Mereka Jawab yang dibawakan khas oleh akhbar Sinar Harian hari ini.

Artis berkenaan atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, ternyata berjaya menenggelamkan imej Anggota Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Dyana Sofya Mohd. Daud yang langsung gagal menjawab apa ditanya.

Lebih memalukan netizen propembangkang dalam program bual bicara secara langsung menerusi laman Facebook akhbar tersebut apabila Dyana Sofya ‘lari’ daripada soalan sepatutnya sehingga jauh melalut kepada topik lain pula.

Ia dapat disaksikan sendiri apabila pengacara bertanyakan mengenai skandal kontroversi Dyana Sofya dengan tokoh muda politik yang mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera dan juga Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.

Apa yang sebaliknya berlaku, Dyana Sofya daripada bercakap menjadi mangsa tiba-tiba beralih pula kepada cerita mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memuat naik gambar rokok.

Ramai netizen dilaporkan ketawa mendengar jawapan ‘ke laut’ Dyana Sofya itu walhal tidak dijelaskan kesahihan isu video ‘panas’ aksi beliau dengan ahli politik tersebut bermesra di kelab malam, menari, berpelukan dan minum arak.

Ini mencetuskan tanda tanya adakah penyakit ‘melalut’ itu kini menjadi fenomena biasa dalam kalangan pemimpin pembangkang selepas dipopularkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan terbaharu pula Azmin Ali.

Umum mengetahui, bukanlah janggal apabila wartawan bertanyakan soalan kepada figura hebat Pakatan Harapan itu dibalas dengan jawapan berbelit-belit dan tidak masuk akal sehingga mendedahkan kebodohan mereka sendiri.

Ternyata rupa paras cantik bukan kelebihan Dyana Sofya berhujah, tetapi sesi itu menampilkan sisi Dira yang tidak pernah dilihat rakyat Malaysia apabila dengan penuh sopan, berhemah serta bijaksana memberi pandangan bernas.

Malangnya ciri-ciri wanita Melayu Muslimah itu tentu tidak wujud dalam diri aktivis DAPSY ini yang amat sinonim perjuangan liberal anti-Melayu dan anti-Islam sebagaimana berlaku di Singapura diperintah oleh PAP ketika ini.

Maka sudah tentu apabila Dyana Sofya memilih untuk bersama DAP dengan sendirinya beliau menggambarkan diri sebagai sebahagian visi parti cauvanist rasis yang kononnya berjuang ideologi meritokrasi Malaysian Malaysia.


Dira yang secara kebetulan allahyarham bapa beliau merupakan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Abu Zahar Ithnin, nyata darah politik yang mengalir dalam tubuh beliau begitu menonjol dengan tutur kata cukup tersusun.

Dyana Sofya ironi dilihat tidak jawab soalan yang diajukan berkaitan dengan skandal beliau, sebaliknya memilih untuk mengulas isu lain, bahkan kebanyakan jawapannya lari dari soalan sehingga gagal meyakinkan penonton.

Beliau ternyata mensia-siakan peluang kesempatan terbaik untuk membersihkan nama. Perkara ini membuatkan ramai netizen membuat andaian bahawa beliau memang merupakan figura dalam video aksi panas tular tersebut.

Secara kebetulan, Dyana Sofya merupakan anak didik otai DAP, Lim Kit Siang. Beliau pernah kalah teruk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Perak pada 2014 kepada Presiden Parti Gerakan, Mah Siew Keong.

Isu perbahasan mereka adalah mengenai pembabitan anak muda dalam politik. Dyana Sofya menekan betapa DAP konon beri peluang generasi muda berada dalam baris kepimpinan seolah-olah ini tiada dalam Barisan Nasional.

Namun Dira memberikan jawapan yang cukup mantap bahawa Barisan Nasional telah lama mengiktiraf sumbangan orang muda dengan tertubuhnya sayap Puteri dan Pemuda UMNO untuk dihargai dalam saf barisan kepimpinan.

Menyentuh isu pencalonan anak muda, UMNO ujarnya ambil pendekatan berhemah dan tidak rakus mengenengah calon yang belum berwibawa memandangkan soal memimpin rakyat marhaen merupakan perkara amat penting.

Ia tidak boleh sekadar tangkap muat semata-mata. Kepimpinan perlu diasah dengan cara betul. Bagi Dira, beliau tidak menolak jika diberi peluang sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kelak.

“Saya percaya ini adalah platform terbaik dan peluang bagi saya untuk menunjukkan penghargaan saya kepada mereka yang percaya kepada bapa saya serta sebagai kesinambungan usaha untuk memperkuat rakyat Malaysia.

“Ini terutama orang Melayu sendiri,” tegas Dira. Kini, rakyat Malaysia dapat lihat dengan jelas perbezaan kredibiliti antara anak muda dalam UMNO dan DAP yang jauh beza macam langit dan bumi! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori