Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelancong Wanita Gembira Main...

Kota Kinabalu - Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug,...

107 Pesara Polis Terima...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 107 pesara polis hari ini menerima Pingat Jasa Pahlawan...

PM Tiba Di Jakarta...

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta hari ini...

ADUN Kukusan Keluar Warisan

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali bergolak selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan...

KDN, SKMM Digesa Bertindak Tegas Terhadap Namewee

BERA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Wee Meng Chee atau Namewee berikutan tindakannya memuat naik video bertajuk ‘Like A Dog’ di media sosial baru-baru ini.

Baca: Namewee Biadab Lagi, Seks Anjing Depan Masjid Putra

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata video itu memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing dengan aksi tarian lucah berdekatan bangunan Perdana Putra dan Masjid Putrajaya di Putrajaya.

Beliau berkata perbuatan Namewee dikhuatiri menimbulkan ketegangan kaum dan merosakkan keharmonian di negara ini.

“Dia sudah melampau, sekali dua mungkin kita boleh maafkan tetapi saya anggap tindakan (beliau) kali ini adalah yang paling biadap. Dia cuba membuat provokasi yang melampau terhadap umat Islam.

“…menari depan masjid, bagi saya, dia mencabar kita sebagai umat Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan kenduri kampung di perkarangan Surau Kampung Paya Mengkuang Ladang di sini, hari ini.


Juga: Namewee Beri Penjelasan Klip Video “Like A Dog”

Ismail Sabri berkata Namewee seperti sengaja mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadapnya apabila memuat naik video seperti itu.

“Kita ada undang-undang dan kita tidak boleh biarkan perkara ini…kalau dibiarkan, dia mungkin buat lebih teruk lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori