Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tragedi Elmina: Agong Kurnia...

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi...

Mario Gomez Kaji Kelemahan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang mengkaji profail FC Istiklol...

Peniaga PLT Tak Perlu...

APABILA merujuk kepada pendaftaran perniagaan yang biasa dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)...

Perak Sumbang RM1,000 Kepada...

KUALA KANGSAR : Kerajaan Perak memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap keluarga pelajar Universiti...

Kekang Berita Palsu Bukan Sekat Kebebasan Bersuara

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berniat mengawal atau menyekat kebebasan bersuara rakyat melalui penggubalan undang-undang terhadap berita palsu yang dicadangkan, namun kebebasan itu perlu disertai tanggungjawab, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, jika kebebasan bersuara itu digunakan dengan cara yang tidak bertanggungjawab termasuk menyebarkan berita palsu atau menyentuh sensitiviti kaum, ia boleh menghancurkan keharmonian dan kemakmuran negara.

ā€œPemimpin kita telah lama berjuang untuk memastikan keharmonian, perpaduan dan pembangunan negara kita diteruskan namun, kalau dibiarkan seseorang tidak bertanggungjawab memainkan isu sensitif dan menularkan perkara-perkara palsu, ia akan memburukkan keadaan,ā€ katanya.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan ditemui pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.


Beliau berkata jika undang-undang itu diluluskan kelak, beliau percaya rakyat masih boleh menyuarakan pandangan atau mengkritik kerajaan namun ia perlu dibuat berdasarkan asas dan fakta.

Liow mengulas kenyataan pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang ‘khuatir’ tentang cadangan undang-undang itu dengan menyatakan ia undang-undang baik tetapi tidak boleh digunakan untuk menutup kebenaran. – BERNAMA

Kategori