Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Jalani Syawal Dengan Kebiasaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan...

Hujan, Air Pasang Besar...

SIBU - Hujan lebat pada sebelah pagi dan air pasang besar menyebabkan beberapa...

Warga Emas Bunuh Diri...

MANJUNG - Seorang warga emas bertindak membunuh diri selepas menembak mati rakannya berhampiran...

Jambatan Sultan Yusof Tutup...

TELUK INTAN - Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan-Manjung terpaksa ditutup sehari...

Kelantan Perlu Menang, Kembalikan Semangat Pemain

KOTA BHARU – Kemenangan Kelantan amat penting untuk mengembalikan semangat dan motivasi pemainnya selepas tewas kepada Melaka United 1-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka Sabtu lepas.

Pemain Kelantan akan berhadapan dengan pasukan Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam esok.

“Mereka (pemain) tidak boleh hilang tumpuan walaupun satu atau dua saat sama ada ketika mendahului atau tidak mendahului pasukan lawan, pemain perlu lebih memberikan tumpuan,” kata Ketua jurulatih Kelantan Sathit Bensoh ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata pada pertemuan menentang pasukan dari negeri jiran itu (Terengganu) tidak banyak perubahan boleh dilakukan terhadap pasukannya kerana kesuntukan masa.

Kelantan kini berada pada kedudukan kesepuluh dalam carta Liga Super dengan satu jaringan gol dan dua gol bolos. – BERNAMA

Kategori