Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tembikai Jadi Sensasi...

BEIJING – Gara-gara menyarungkan kulit tembikai di kepala ketika menaiki keretapi, seorang lelaki...

DAP Hina Islam, Kenapa...

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis...

Pelajar Politeknik Dikhuatiri Lemas...

KUANTAN - Seorang pelajar sebuah politeknik di Shah Alam, Selangor dikhuatiri lemas ketika...

FELDA Lantik Tiga Anggota...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik tiga anggota lembaga pengarah...

“Kembali Jadi Mak Nyah, Safiey Bukan Bodoh” – Rakan

KASIHAN rakan baiknya iaitu Safiey Eilias menjadi kecaman masyarakat, Harry Zulkifli yang juga seorang bekas mak nyah, hari ini tampil membela Safiey.

Kata Harry, Safiey bukanlah seorang yang bodoh untuk menggunakan agama semata-mata untuk mendapatkan publisiti sekali gus melariskan perniagaan.

Sebelum ini, Safiey dan Harry masing-masing meraih populariti kerana kisah penghijrahan mereka kembali menjadi lelaki tulen menjadi perhatian ramai.

Namun, apabila Safiey kembali berpakaian wanita, ahli perniagaan itu telah dikecam hebat oleh masyarakat sehingga ada yang menganggap perubahan sementara Safiey itu hanyalah bertujuan untuk melariskan produk jualannya.

“Dengar cakap saya, saya ada dengan dia masa dia nak berubah. Saya yang tawarkan diri saya untuk teman dia buang implan dan sebagainya.

“Dia bukan berhijrah untuk lariskan produk, memang bukan cuma mungkin dia stress ke apa ke, patutnya kita doakan dia.

“Safiey seorang yang bijak, tidak akan membodohkan diri dia sendiri untuk melariskan produk, memalukan diri sendiri,” ujar Harry dalam program FB Live Sinar Harian.


Harry yang juga suatu ketika dahulu merupakan seorang mak nyah, turut terpalit dengan kontroversi apabila dia dituduh mempergunakan agama untuk melariskan produknya.

“Saya tak ada produk. Saya hanya makan gaji dengan kerajaan. Kalau betul saya nak gunakan agama, saya dah buat dua tahun lepas ketika bersama-sama dengan Safiey viral.

“Saya minta maaf kepada yang masih bersangka buruk dengan saya. Yang buruk memang banyak dari saya.

“Demi Allah, saya berhijrah untuk mak, keluarga di kampung dan kerana Allah,” ujar Harry lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori