Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Udang Malaysia Dijamin Bebas...

PEKAN - Jabatan Perikanan memberi jaminan udang yang diternak oleh 1,200 pengusaha udang...

Perbicaraan Kes Pencerobohan Lahad...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan sehingga esok perbicaraan...

Foto Intim: DAP Kaji...

PROSES pencalonan dua ahli DAP Melayu berprofil tinggi pada pilihan raya umum (PRU)...

‘Flood Mapping’ Bantu Polis...

PEKAN - Pelaksanaan 'flood mapping' atau pemetaan banjir diharap akan bantu polis daerah...

Kempen Undi Rosak Pernyataan Rasa Kecewa

KUALA LUMPUR – Kempen #UndiRosak adalah bagi meluahkan perasaan kecewa yang berpunca daripada gelagat pembangkang, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pembangkang dalam keadaan kelam-kabut sekarang sementara kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menunjukkan bahawa mereka adalah satu tenaga yang positif.

“Kita sedang membina negara, namun, kita dapat melihat pihak pembangkang terus menerus menyebarkan berita fitnah dan palsu, dalam usaha menanam sikap kebencian di kalangan rakyat, jadi ia akan mengelirukan rakyat.

Cara mereka menyebar berita palsu, terus menerus memutar belit berita politik dan ini akan mengganggu fikiran rakyat. Keadaan ini sangat negatif. Akan sampai satu ketika, rakyat akan berasa bosan dengan cerita dan berita negatif, katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis ‘Going 50:People Behind The TARC History’ di sini hari ini.


Kempen #UndiRosak muncul di media sosial, dengan para penyokong kempen menyuarakan pendapat mereka tentang cara untuk memboikot atau sengaja merosakkan undi mereka, sebagai satu tanda protes dan ketidakpuasan hati. -BERNAMA

Kategori