Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Juruteknik Komputer Terlepas Tali...

Putrajaya: Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari...

Barca Sedia £140 Juta...

BARCELONA bersedia membayar £140 juta untuk mencapai kesepakatan dengan Liverpool bagi memastikan Philippe...

6 Terbunuh Dalam Nahas...

MARYLAND - Sebuah jet eksekutif terhempas ke atas sebuah rumah di Maryland semalam,...

Malaysia Kutuk Tindakan ISIS...

MALAYSIA bersama-sama dengan kerajaan dan rakyat Jordan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan gerakan...

Kena Kurung 2 Minggu, Bukan Mudah Cari Chong Wei

BAGI menghasilkan biografi jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei bukanlah satu perkara yang mudah, menurut penerbit CB Pictures, Josiah Chieng.

Baca: Lagu Tema Filem Lee Chong Wei, ‘Jadi Milik’ Nabila

Josiah memberitahu bahawa seramai 30 orang calon akhir telah dipilih dan turut ‘dikurung’ di dalam sebuah rumah selama dua minggu bagi mereka memilih pelakon yang terbaik.

Josiah Chieng di sebelah kanan.

“Bukan mudah untuk memilih pelakon yang bakal membawakan watak Lee Chong Wei, kita adakan uji bakat di beberapa buah negeri dan telah dihadiri hampir 2,000 orang.

“Daripada jumlah tersebut, 30 orang telah disenarai pendek dan mereka melalui ujian di sebuah rumah selama dua minggu dan tidak dibenarkan bertemu orang luar termasuklah keluarga.

“Mereka yang terpilih telah melalui beberapa ujian bagi memastikan watak tersebut benar-benar sesuai,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Semalam, telah berlangsung majlis sidang media bagi filem Lee Chong Wei, Menjulang Kejuaraan di Quill City Mall, Kuala Lumpur dan penyanyi Nabila Razali telah terpilih untuk berduet bersama dengan Priscilla Abby.

Mereka menyanyikan lagu tema filem berkenaan yang berjudul Cahaya Juara. Setelah melalui beberapa fasa ujian, akhirnya Tosh Chan telah dipilih bagi memegang watak Lee Chong Wei.

Bagi Josiah, pemilihan Tosh berdasarkan karakter dan wajahnya yang mempunyai iras juara dunia itu.


“Kita bukan sekadar mencari pelakon yang memiliki wajah hampir sama dengan Chong Wei, kita mahu yang mempunyai sikap merendah diri sama seperti dia juga.

“Kita pun tahu karakter Chong Wei yang sangat humble dan itu turut menjadi faktor pemilihan pelakon utama. Oleh sebab itu kami merasakan Tosh sesuai dengan watak tersebut.

“Dia ada kesungguhan untuk bergelar pelakon dan meminati sukan badminton. Jadi inilah peluang untuk Tosh membuktikan kemampuan diri,” tambahnya lagi.

Tayangan sulung filem itu bakal diadakan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City pada 9 Mac depan dengan harga tiket dijual bermula dengan harga RM88 sehingga RM128.

Manakala, pada 15 Mac ini pula filem Lee Chong Wei, Menjulang Kejuaraan bakal menemui penonton di pawagan seluruh negara. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori