Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Eksport Jejari Kentang Belgium...

KUALA LUMPUR - Eksport produk jejari kentang beku Belgium ke Malaysia dijangka meningkat...

2 Orang Maut Terkena...

PATTANI - Dua lelaki tempatan maut terkena peluru sesat dalam kejadian serangan oleh...

Siapa Luluskan Abu Chin...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan siapakah individu dalam Kerajaan Pakatan...

Ebola: 2 Pakar Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Dua Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia iaitu Dr, Rosemawati Ariffin...

“Kenapa Seluar Dalam Laki Aku Kau Tak Ambil Sekali?”

KEDAI dobi layan diri sememangnya dijadikan pilihan kebanyakan pasangan yang berkerjaya untuk membasuh pakaian kerana lebih mudah selain harganya yang berpatutan.

Proses pencucian pakaian juga kebiasaannya hanya mengambil masa lebih kurang satu jam, jadi ramai yang memilih untuk pergi ke tempat lain sementara menunggu proses basuhan selesai.

Tetapi jaga-jaga, takut ada pula yang kehilangan pakaian dalam dek kerana kegiatan seorang individu ini yang dikatakan sedang aktif menjalankan ‘kerjanya’ di kawasan Lembah Klang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Nur Liyana Ismail mendedahkan perbuatan seorang lelaki mencuri beberapa pakaian dalamnya dalam kejadian di sebuah kedai dobi di Taman Tasik Prima Puchong, Selangor.

Menurut Liyana, insiden tidak dijangka itu berlaku kira-kira pukul 10.18 malam Rabu, ketika dia dan suami meninggalkan seketika pakaiannya yang masih belum siap dibasuh.

“Apa motif? Seluar dalam baju dalam yang kau ambil, seluar dalam laki aku kenapa tak ambil sekali?

“Ya allah tak lepas nak bernafas kalau difikir-fikirkan. Semoga Allah lindungi aku dari segala kejahatan.

“Habis semua seluar dalam sehelai pon dia tak tinggal 😭 hati-hati semua. Pengajaran untuk saya kali ini,” tulisnya dalam posting yang dimuat naik pada Rabu.


Liyana memberitahu, dia kebiasaannya akan membasuh baju di rumah sahaja, namun disebabkan pakaian suaminya yang terlalu banyak, membuatkan dia menghantar semua pakaian ke kedai dobi tersebut.

“Balik-balik berterabur baju, serik dah nak tingal baju kat dobi. Buat pencuri kalau bagi kat mak hang bini hang pakai takpa lah aku halalkan, jangan lah dibuat perkara yang bukan-bukan,” katanya.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah dirakamkan melakukan perbuatan sama di beberapa buah premis dobi di kawasan itu namun identitinya masuh belum dikenal pasti.

Susulan itu, Liyana mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian mereka biarpun premis mempunyai rakaman kemera litar tertutup (CCTV). – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori