Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Umum ‘Buah Tangan’...

SYUKUR... Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan sembilan khabar gembira...

Pelancongan Berasas Sukan Rekreasi,...

BAGAN DATUK - Pelancongan berasaskan sukan rekreasi dan makanan akan diberi tumpuan bagi...

Datuk Razali Idris Beri...

CHUKAI : Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris selesai memberikan keterangan kepada polis...

Tiada Pasukan Mampu Beli...

KUALA LUMPUR - "Tidak ada mana-mana pasukan yang mampu untuk membeli pemain kami...

Kenyataan Ab Aziz Kaprawi Berunsur Politik – Peguam

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kenyataan media oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang disiarkan dalam Sinar Online tahun lepas, adalah berunsur komen politik dan tidak berniat untuk mengganggu perbicaraan kes di mahkamah.

Peguam Datuk K. Kirubakaran, yang mewakili Ab Aziz dalam hujahannya berkata ia adalah senario biasa dalam politik apabila seorang ahli politik dikritik oleh pihak lain.

“Dalam kes ini, Ab Aziz hanya memberi komen politik dan kritikan membabitkan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” hujahnya dalam permohonan Mukhriz untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ab Aziz.

Kirubakaran berkata anak guamnya juga tidak menyatakan secara spesifik dalam kenyataannya bahawa ia merujuk kepada perbicaraan kes membabitkan Mukhriz dan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

“Kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan isu ‘general’ (umum) dan tidak sesekali menyentuh mengenai perbicaraan yang sedang berlangsung,” jelasnya yang turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk mengganggu prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Peguam itu turut berhujah bahawa Ab Aziz tidak pernah campur tangan atau mengganggu mahkamah dalam membuat keputusan.

“Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan keterangan saksi di mahkamah dan bukan melihat komen yang dipaparkan di blog dan tidak mempengaruhi persepsi orang ramai untuk membuat keputusan,” hujahnya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mukhriz pula berhujah kenyataan yang dikeluarkan Ab Aziz mencampuri urusan mahkamah dan mengganggu prosiding perbicaraan.


“Kenyataan itu memprejudiskan kes yang sedang berjalan dan diniatkan serta dihasratkan oleh responden (Ab Aziz) untuk menyeleweng fahaman dan fikiran orang ramai,” katanya yang turut memaklumkan kenyataan itu sememangnya merujuk kepada perbicaraan membabitkan anak guamnya dan Tengku Sarifuddin.

Pada 18 Julai 2017, Mukhriz memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Ab Aziz untuk memulakan prosiding menghina mahkamah atas dakwaan menteri itu mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan dalam Sinar Online pada 15 Julai 2017 membabitkan perbicaraan saman fitnah difailkan Mukhriz terhadap Tengku Sarifuddin.

Dalam permohonan itu, Mukhriz mendakwa kenyataan itu dikeluarkan selepas Mukhriz dan bapanya selesai memberi keterangan pada 13 dan 14 Julai tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan 15 Mac untuk keputusan permohonan Mukhriz. – BERNAMA

Kategori