Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Selepas Suami Disiasat PDRM,...

PETALING JAYA : Siasatan ke atas suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),...

Pakatan Pembangkang Guna 1...

PETALING JAYA - Pakatan Harapan memutuskan untuk menggunakan satu logo atau simbol apabila...

2 Maut Kereta Terbabas...

SIBU - Dua maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki terbabas...

Tonto Sukarkan KPDNKK Banteras...

MELAKA - Tindakan licik tonto mengintip pergerakan keluar masuk kenderaan Kementerian Perdagangan Dalam...

Kerajaan Bincang Dengan Tok Batin Isu Sekatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan berbincang dengan Tok batin dan Persatuan Penghulu Orang Asli Gua Musang bagi mendapatkan maklumat dan input dalam menangani isu sekatan di beberapa lokasi dalam Hutan Simpan, Hulu Kelantan oleh​​​​​ suku kaum Temiar baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beberapa tindakan ​​​​lain juga bakal diambil dengan melihat daripada pelbagai sudut perundangan bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan masyarakat Orang Asli itu secara bijaksana serta harmoni.

“Tugas rondaan dan pemantauan bagi mengumpul maklumat dan bukti terperinci akan diteruskan. Selain itu, mesyuarat peringkat dalaman dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan diadakan esok (21 Feb) bagi meninjau situasi dan menggariskan tindakan segera yang akan diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mesyuarat dengan semua agensi penguatkuasaan ​​​​​​​bagi mencadangkan pendekatan, strategi dan tindakan yang perlu di ambil ke atas insiden itu serta mengemukakan ​​​​​​​cadangan​​​​​​ kepada kerajaan negeri untuk dimuktamadkan.

“Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri duduk berbincang bersama pemimpin Orang Asli, wakil semua agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri untuk mencari​​​​​​​ jalan tengah ​​​​​​​bagi ​​​​​​menyelesaikan permasalahan yang berlanjutan agar tidak berulang.

“Apa yang penting ialah mencari jalan penyelesaian agar semua pihak berpuas hati dan agensi penguatkuasaan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan lancar,” katanya.


Laporan siasatan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mendapati Orang Asli yang menjadi ahli kumpulan Jaringan (pertubuhan tidakberdaftar) sedang berkumpul di Gua Cha untuk membuat sekatan baharu bagi menghalang kegiatan pembalakan dan perladangan di kawasan berkenaan yang didakwa sebagai menceroboh Tanah Adat mereka.

Tindakan itu diklasifikasikan sebagai sekatan versi kedua setelah pembinaan sekatan yang pertama dirobohkan oleh JPNK dan lain-lain agensi penguatkuasaan semasa operasi bersepadu secara berterusan pada 2016 hingga awal 2017 lepas. – BERNAMA

Kategori