Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RON95 Ikut Harga...

BANGI - Harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga...

Keluarga Berdepan Dilema Mahu...

KEMAMAN – Sepasang suami isteri berdepan dilema untuk meneruskan persekolahan anak angkat mereka...

MB Yakin Tiada Tsunami...

KLUANG - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin tidak akan...

Koperal Didakwa Terima Suapan...

ALOR SETAR - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kerajaan Akan Pastikan Kewujudan Proton – Najib

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan kewujudan Proton, menggunakan semua tindakan yang diperlukan, dalam pasaran yang sangat kompetitif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang mana terpaksa kita selamatkan, kita akan selamatkan,” katanya.

Proton terlalu besar untuk gagal, katanya.

Proton mempunyai kira-kira 10,000 pekerja, dan dilaporkan sudah membangunkan kira-kira 400 vendor dan subvendor, selain lebih 350 premis jualan dan servis, dengan sekurang-kurangnya 50,000 pekerja mereka sendiri.

Proton kini mengusai 13 peratus pasaran.

“Kami akan pastikan kewujudkan Proton, namun kami akan menstrukturkannya semula supaya lebih kopetitif,” katanya pada program Bajet 2018 bersama Rakyat, di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mengkaji semula beberapa keputusan ke atas jalan-jalan bertol yang dibuat sebelum ini.


“Saya akan mengkaji semula beberapa keputusan sebelum ini, yang saya lihat tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Saya akan lakukannya.

“Kami sudah mengkaji semula IPP, penswastaan yang tidak popular, urus niaga yang saya lihat menguntungkan pihak tertentu. Tol… kalau ada baki lagi saya akan semak balik.”

Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan menjaga kebajikan 30 juta penduduknya.

“Dan akan terus melindungi anda,” katanya. – BERNAMA

Kategori