Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cadangan Pembuli Digantung Sekolah...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung...

NADMA Tubuh Sukarelawan Bantuan...

MERSING - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menubuhkan Pasukan Sukarelawan NADMA terdiri...

Dituduh Hantar Sihir: Jaafar...

BACA : Isu Sihir.. Azwan Ali ‘Hint’ Artis Itu Pernah Main Buih Sabun SEBELUM ini,...

Singapura Benar Berarak Thaipusam...

BUAT pertama kalinya sejak 1973, para penganut yang sertai acara Thaipusam tahun ini,...

Kerajaan Cadang Tubuh Pusat Kawalan Trafik Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merancang menubuhkan sebuah Pusat Kawalan Trafik Kebangsaan bagi pengurusan aliran trafik dan penguatkuasaan undang-undang di semua lebuh raya utama seluruh negara, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, perancangan mengenai penubuhan pusat kawalan tersebut sudahpun dibawa ke Jemaah Menteri dan telah dipersetujui secara prinsip.

Menurutnya, cadangan tersebut dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi iaitu pada tahun 2020.

Rancangan penubuhan pusat kawalan ini adalah bagi pengurusan trafik jangka panjang membabitkan semua agensi berkaitan keselamatan dan penguat kuasa lebuhraya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

“Matlamat utama adalah untuk tujuan penguatkuasaan dan pengurusan trafik efisien di samping dapat mengurangkan kadar risiko kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan trafik Lebuhraya Utara Selatan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018 di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori