Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tun M Bodoh Rakyat,...

KETIKA India muncul sebagai negara ke-160 melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada...

Belum Ada Keputusan Mengenai...

KUALA LUMPUR: Istana Negara belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10...

Rozita Che Wan Bengang...

SIAPALAH tak bengang kan, anak yang dikandung selama sembilan bulan dan ditatang bagai minyak...

Tengku Zafrul Teraju Miti,...

Kuala Lumpur : Bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), Tengku Datuk...

Kerajaan Perak Sentiasa Hargai Jasa Polis

IPOH – Kerajaan negeri menghargai serta berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kerjasama dalam memastikan Perak terus kekal aman dan jaya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan PDRM telah memastikan segala perancangan Perak tercapai.

“Saya amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pasukan (PDRM Perak) yang amat mantap, kita semua bertindak sebagai satu pasukan, siang atau malam sebarang masalah dengan cepat serta menyelesaikan masalah,” katanya ketika berucap pada Program Kembara Bermotosikal: Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Sambutan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan sumbangan RM50,000 bagi penambahan dana tabung itu sebagai usaha membantu golongan pesara PDRM dan anggota keluarga mereka.

“Tabung ini adalah untuk mengingatkan diri kita tentang perkara yang perlu dilaksanakan dalam usaha menjaga kebajikan anggota khususnya mereka yang telah bersara dan memerlukan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan ketika berucap berkata bagi PDRM, pesara dan bekas polis adalah aset penting kepada negara serta pasukan kerana golongan ini memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang amat luas dalam bidang keselamatan serta pencegahan jenayah.

“Dalam usaha mempertahankan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara, ramai anggota polis yang terkorban atau mengalami kecacatan seumur hidup. Seramai kira-kira 140,000 pesara dan bekas polis termasuk balu, duda dan anak dalam tanggungan layak mendapatkan pelbagai bentuk bantuan daripada TAWP.


“Oleh itu, saya mewakili pucuk pimpinan dan warga PDRM khasnya PDRM Perak, berterima kasih atas sumbangan kerajaan negeri dan beberapa badan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) yang membantu” katanya.

Konvoi bermotosikal pada hari ini diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Bukit Aman Datuk Sri Zulkifli Abdullah akan bergerak ke Cameron Highlands, Pahang.

Konvoi itu akan melalui Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang disertai 50 penunggang motosikal yang terdiri daripada pegawai kanan PDRM bertujuan mendapatkan penambahan dana bantuan kepada warga pesara PDRM dan anggota keluarga selain mengeratkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat. – BERNAMA

Kategori