Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kedua-Dua Arah Lebuhraya NKVE...

KUALA LUMPUR : Laluan kedua-dua arah di KM19.65 hingga KM19.8 Lebuhraya Baru Lembah...

Rumah RM1 Uncle Kentang...

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara...

15 Pekerja Kontrak Warga...

IPOH - Seramai 15 orang pekerja kontrak warga India dilapor cedera, tiga daripadanya...

2 Pasangan Regu Campuran...

KUALA LUMPUR - Dua pasangan regu campuran negara mara ke suku akhir ketika...

Kereta Kabel Langkawi Terus Dapat Sambutan Ramai

LANGKAWI – Peristiwa beratus-ratus pelancong terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami masalah teknikal semalam tidak menjejaskan minat orang ramai untuk menaikinya hari ini.

Pengarah Panorama Langkawi Sdn. Bhd., Datuk Azizan Noordin berkata ketika kereta kabel itu menyambung kembali perkhidmatannya pada 12 tengah hari ini, lebih 3,000 pelancong sudah beratur di kaunter tiketnya.

ā€œKeadaan macam hari biasa juga. Apabila kami menyambung kembali operasi, sejumlah besar penumpang sudah beratur untuk membeli tiket dan ini tidak termasuk mereka yang telah membuat tempahan lebih awal,ā€ katanya kepada pemberita di sini.

Tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

ā€œJumlah yang direkod setakat ini hari ini masih dalam purata harian iaitu antara 3,000 hingga 5,000 penumpang,ā€ katanya.

Azizan berkata dalam kejadian semalam, masalah ā€˜bearingā€™ menyebabkan sistem kereta kabel itu tergendala pada 5.48 petang.

Katanya masalah itu hanya dapat dipulihkan hampir enam jam kemudian dan perkara itu diteliti pasukan teknikal Panorama Langkawi sebelum mereka memberi lampu hijau kepada sistem kereta kabel berkenaan untuk menyambung kembali operasinya.


Katanya, pereka sistem itu, Dopplemayer dari Austria, telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan memberi khidmat nasihat dari semasa ke semasa kepada pasukan teknikal tempatan di sini, yang telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang untuk memulihkan keadaan.

ā€œSecara kebetulan, sepasukan pakar dari Dopplemayer akan ke Langkawi April tahun ini,ā€ katanya serta menjelaskan bahawa operasi kereta kabel itu dihentikan hingga 15 hari setiap tahun bagi kerja penyenggaraan menyeluruh tahunan.

Langkawi SkyCab, yang meliputi perjalanan kira-kira 5.9km, adalah sistem kereta kabel terpanjang di dunia, dengan kira-kira 1.7km daripadanya naik hingga mencapai sudut 45 darjah dan diiktiraf sebagai takat paling curam di dunia, dengan paras tertingi melebihi 700 meter.

ā€œKereta kabel ini menjadi daya tarikan pelancong nombor satu di Langkawi sejak perkhidmatannya bermula 15 tahun lepas dan pada tahun lepas sahaja, perkhidmatan itu mencatat 1.5 juta penumpang,ā€ kata beliau. – BERNAMA

Kategori